Wednesday, 9 September 2015

Soalan Lazim Mengenai Zakat Emas

Assalamualaikum semua, sebelum ini Amir ada share berkaitan dengan Zakat Emas dan Perak dan ada beberapa soalan yang mungkin bermain dikepala pembaca. Jadi, Amir cuba share beberapa soalan bagi membantu menjawab sebarang kemusykilan mengenai zakat emas ini.

Jika ada yang ingin tahu, boleh tinggalkan soalan anda di ruanngan komen supaya Amir boleh menjawabnya kemudian.

Contoh-contoh soalan lazim mengenai zakat emas:-
1. Soalan: Sekiranya saya telah menggadaikan sejumlah emas perhiasan ke dalam skim Ar-Rahn, perlukah saya membayar zakat untuk emas yang digadaikan itu?
Jawapan: Tidak wajib, kerana tidak sempurna milik


2. Soalan: Adakah emas yang disimpan di dalam bank (safe deposit box) perlu dizakatkan?
Jawapan: Ya, wajib dizakatkan dan dikira sebagai emas yang disimpan.

3. Soalan: Saya memiliki beberapa utas rantai emas tetapi saya gadaikan untuk membuat modal perniagaan. Adakah wajib membayar zakat bagi rantai emas yang digadaikan itu?
Jawapan: Tidak wajib dizakatkan kecuali setelah ditebus semula. Kiraan haul bermula pada hari ditebus.

4. Soalan: Ibu saya mempunyai emas yang sudah cukup syarat untuk dizakatkan. Tetapi beliau meninggal dunia sebelum sempat mengeluarkan zakat. Siapakah yang bertanggungjawab membayar zakat tersebut? Daripada sumber mana yang perlu digunakan untuk membayar zakat tersebut?
Jawapan: Waris perlulah melunaskan bayaran zakat tersebut dengan menggunakan duit si mati sebelum harta peninggalannya di faraid.

5. Soalan: Adakah saya wajib membayar zakat emas perhiasan yang telah disimpan dan diwarisi daripada nenek?
Jawapan: Ya, emas perhiasan yang disimpan dan diwarisi wajib dikeluarkan zakat sekiranya cukup syarat.

6. Soalan: Saya ada emas yang dipakai. Ia tidak cukup untuk dikeluarkan zakat. Tetapi jika dicampurkan dengan emas yang digadai, cukup untuk bayar zakat. Persoalannya, wajib kah saya membayar zakat?
Jawapan: Tidak wajib dikenakan zakat kerana tidak cukup nisab dan emas yang digadai tidak sempurna milik.
(sumber: http://web.e-zakat.com.my/baru/organisasi/faq.asp)
p/s: Banyak lagi persoalan zakat yang boleh didapati dengan melawat link diatas.

NISAB DAN KADAR ZAKAT PERAK
Wajib zakat pada perak lima auqiyah;
[Satu auqiyah = 40 dirham. ( 5 x 40 = 200 dirham ) ] 
Ijmak’ ulama’ telah menetapkan nisab perak sebanyak 200 dirham iaitu bersamaan dengan 595 gram.

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud :
“…tidak diwajibkan zakat pada perak jika kurang daripada 5 awsuq.”
(Riwayat Muslim)

Sabda Rasulullah s.a.w lagi yang bermaksud :
“Pada perak (zakatnya) 1/40…” (Riwayat al-Bukhari)
Contoh Pengiraan Zakat Perak :

Andaian 1 gram perak = RM 30.00
Perak yang dimiliki seberat 1,000 gram.
1,000 gram perak (lebihan 405 gm dari nisab)
1,000 x RM 30= RM30,000
Zakat yang dikenakan ialah : RM 30,000 X 2.5% = RM 750.00


3 comments:

Noor Afifah said...

Ifa nak tanya pasal ni MAM. Simpan emas dalam safe deposit box macam kita simpan emas kat ar-Rahnu. Normally berapa rate charges yang dikenakan ya?

Encik Gajah said...

Kalo simpan dalam safe deposit box, caj dia dari rm80 utk kotak paling kecil. Tak kisah berapa nilai emas yg disimpan.

Berlainan dengan pajak di ar rahnu, caj pajakkan itu dinilai dari harga emas tersebut.

Noor Afifah said...

Oo.. macam tu. Thanks MAM for this info!