Tips Kewangan : Bagaimana Hendak Langsaikan Hutang Kad Kredit? Part 2

Ini adalah sambungan dari post sebelum ini berkaitan dengan tips2 hendak langsaikan hutang kad kredit yg sgt membebankan.

TEKNIK NO. 2 : DISKAUN 70% UNTUK HUTANG KAD KREDIT

Tahukah anda bahawa kita layak mendapat diskaun sehingga 70% dari jumlah hutang yang kita berhutang dengan bank untuk kredit kad? Contohnya kita masih menangung hutang kad kredit RM 10,000, kita boleh dapat diskaun sehingga RM 7,000. Bukan beli barangan sahaja kita dapat diskaun, bayar hutang juga dapat diskaun juga, InsyaAllah.

BERITA KURANG BAIK, Ada beberapa syarat bagi melayakkan anda MENDAPATKAN diskaun sehingga 70%. Iaitu anda mesti
**Sudah menggunakan kad kredit dan menanggung hutang kad kredit itu lebih dari 4 tahun yang lalu. Ini kerana kalau hutang kad kredit itu baru, bank tidak dapat memberi diskaun SEBANYAK 70% kerana mereka rugi atas modal mereka. Lagi lama kita sudah menanggung hutang kad hutang itu semakin mudah untuk kita mendapat diskaun yang banyak.

Cara bagi mendapatkan diskaun, anda perlu melakukan (drama skit), langkah demi langkah berikut:
1. Telefon bank melalui nombor yang tertera pada belakang kad kredit itu.
2. Perkenalkan diri dan beritahu nombor Mykad ataupun nombor kad kredit kita, supaya pihak bank dapat menyemak akaun kad kredit kita dahulu. Selepas pengesahan maklumat sudah diterima oleh staf bank, masa untuk operasi mengaut Diskaun.
3. Beritahu mereka yang kita sudah tidak mampu lagi untuk membayar ansuran hutang kad kredit itu. Kerana gaji kita sudah tidak menampung hutang-hutang yang kita ada.
4. Beritahu mereka kita sudah tidak mampu lagi untuk membayar hutang kad kredit.
5. Beritahu mereka kita sudah pecah tabung, cari duit bawah tilam, tikar, dan juga dalam akaun-akaun yang kita ada.
5. Contoh hutang kad kredit kita RM 8,000, Beritahu mereka “saya hanya dapat kumpul RM 2,300 sahaja, dan saya hendak tutup akaun kad kredit saya itu. Kalau Tuan setuju, saya bayar RM 2,300 ini, tuan terus tutup akaun kad kredit saya, saya akan masukkan hari ini duit itu. Sekiranya tidak, saya tidak mampu lagi untuk membayar ansuran bulanan itu. Tuan hendak saman-samanlah, saya sudah tidak mampu bayar”

Secara puratanya para peserta dan pembaca buku Shamsuddin Kadir berjaya dapat diskaun, ada yang dapat 30% ada yang dapat 50%, ada yang dapat 70%. Ada yang tidak berjaya, kerana pertama, kad kredit yang beliau pakai itu belum sampai 2- 3 tahun.

SEKIRANYA HUTANG ITU SUDAH TERTUNGGAK 1 – 3 BULAN, DAN SAUDARA TIDAK DAPAT DISKAUN DARI BANK, IANYA BERPUNCA KERANA SAUDARA BELUM PANDAI ‘BERLAKON’, INSYAALLAH

Cuba la tips yang ini sebab ada yang dah berjaya mendapat diskaun sehingga 70% ada juga yang tidak berjaya. Sebelum memulakannya, berdoa la byk2 agar hati pegawai bank itu lembut dan segala urusan menjadi lancar.

Post a Comment

0 Comments