Zakat Emas dan Perak

Sebagai umat islam, kita diwajibkan membayar zakat dan ada pelbagai jenis zakat. Emas dan Perak adalah jenis-jenis logam yang diwajibkan zakat. Kewajipan zakat ke atas logam ini dijelaskan dalam firman Allah S.W.T. bermaksud:
"Dan mereka yang menyimpan emas dan perak dan tidak membelanjakannya pada jalan Allah (mengeluarkan zakat) maka khabarkanlah kepada mereka dengan azab yang pedih, pada hari emas dan perak dibakar di dalam neraka jahanam lalu diselar dengannya dahi dan rusuk mereka dan belakang mereka seraya dikatakan kepada mereka inilah harta yang kamu simpan selama ini buat dirimu, maka rasailah balasan apa yang kamu simpan dahulu".
At- Taubah; ayat 34-35

Zakat emas dikira dalam dua keadaan.
1. Emas yang tidak dipakai (disimpan)
Emas yang tidak digunakan atau dipakai walaupun sekali dalam tempoh setahun. Jika nilai emas tersebut menyamai atau melebihi 85gram (nisab), maka wajib dikeluarkan zakat sebanyak 2.5%.

Cara kiraan zakat:-
Contoh:
2.5% x nilai emas yang disimpan (jika melebihi nisab)
Contoh : RM6,000 x 2.5%
Jumlah zakat = RM 150

2. Emas yang dipakai
Emas yang dipakai (sebagai perhiasan) walaupun sekali dalam tempoh setahun tidak wajib dikeluarkan zakat ke atasnya. Tetapi jika ianya melebihi uruf (nilai kebiasaan pemakaian masyarakat setempat), maka ia diwajibkan zakat dengan kadar 2.5% atas lebihan dari nilai uruf. Nilai yang diambilkira adalah nilai semasa emas sahaja iaitu tidak termasuk batu permata.

Nilai uruf bagi negeri-negeri di Malaysia.




  • Uruf emas bagi negeri Kedah adalah 150 gram.
  • Uruf emas bagi negeri Perlis adalah 170 gram
  • Uruf emas bagi negeri Pulau Pinang adalah 165 gram
  • Uruf emas bagi negeri Melaka adalah RM5000
  • Uruf emas bagi negeri Johor adalah 850 gram
  • Uruf emas bagi negeri Sembilan adalah 200 gram
  • Uruf emas bagi negeri Selangor adalah 800 gram
  • Uruf emas bagi Wilayah Persekutuan adalah 150 gram
  • Uruf emas bagi negeri Kelantan : tiada uruf
  • Uruf emas bagi negeri Terengganu adalah 850 gram
  • Uruf emas bagi negeri Pahang adalah 200 gram
  • Uruf emas bagi negeri Perak adalah 500 gram
  • Uruf emas bagi negeri Sabah adalah RM5000
  • Uruf emas bagi negeri Sarawak adalah 775 gram
Majlis Agama Islam bagi Wilayah Persekutuan menetapkan kadar uruf adalah 150 gram emas. Dan setiap negeri lain uruf dia. Yang paling best ialah orang negeri Kelantan sebab tiada uruf.

Cara kiraan zakat :-
Contoh:
Berat Emas yang dipakai = 250 gram
Uruf Emas = 150 gram
Berat Emas yang layak dizakat = 250 gram - 150 gram = 100gram
Zakat yang wajib dibayar = 2.5% x (100 gram x harga semasa)
= 2.5% x (100 gram x RM 77.16)
= RM 192.9


Post a Comment

0 Comments