4 Strategi Menjual Rumah

Amir perasan kat area Bandar Baru Bangi, banyak rumah yang hendak dijual masa ni. Even kat seksyen 7 yang Amir tinggal pun lebih 5 biji rumah termasuk la rumah yang Amir sewa sekarang ni.
Rata2 rumah yang hendak dijual tak dijaga rapi dan banyak kerosakan tapi harga semua lebih setgh juta. Agak2 berapa bulan nak dijual rumah tu yer jika tidak kena strateginya?

4 Strategi ini Amir ambil dari blog GilaHartanah dan diringkaskan mengikut citarasa Amir:-

Strategi Jual Rumah #1: 

Buat kerjasama dengan ejen hartanah. Bagi kita yang kurang mahir dalam proses menjual hartanah ini, ejen lah salah satu2 nya orang yang dapat membantu kita (plus dengan komisen yang diberikan sekiranya proses jualbeli itu berjaya). Jadi, anda perlu cari agen hartanah yang betul2 berkelayakan dan berpengalaman sebab kita mahu tahu secara detail prosesnya agar kita tidak terperangkap dengan term2 yang kita sendiri tak paham nanti.

Strategi Jual Rumah #2: 
Letakkan harga yang terbaik untuk menarik minat pembeli. Harga hartanah sememangnya memainkan peranan yang besar tetapi tidak la sampai merugikan kita kecuali kita ni dah desperate nak jual rumah sebelum dilelong. Kena survey dulu berapa harga market value rumah kita dan juga rumah2 yang hendak dijual dikawasan yang sama. Kita boleh buat benchmark disitu.

Strategi Jual Rumah #3: 
Sentiasa tambah ilmu dan strategi menjual rumah. Ilmu itu sangatlah penting apabila kita mahu melakukan sesuatu benda, apatah lagi dengan hartanah yang nilainya ratus ribu ringgit. Kita perlu menambah ilmu dengan cara membaca buku, belajar dengan mentor atau hadiri seminar.

Antara ilmu yang direkomenkan ialah :-
a) Pemasaran.
  • Letakkan signboard di hadapan rumah kita, supaya prospek boleh hubungi kita atau agen kita,
  • iklankan di setiap medium pengiklanan yang ada, seperti surat khabar, atau di web hartanah seperti iProperty dan sebagainya,
  • gunakan Facebook atau media sosial yang lain untuk iklankan rumah yang hendak dijual, atau strategi lain yang sesuai.
b) Cantikkan (atau baiki) rumah sebelum menjual.
  • Strategi terbaik adalah menjaga rumah yang nak dijual dengan baik, supaya kita dapat menarik minat pembeli. Ini sebagai jalan paling selamat untuk jaga tanggapan (impression) prospek yang berminat. 
  • Sebelum letakkan papan tanda (untuk jual rumah), luangkan sedikit masa atau upah orang untuk cat balik rumah kita. 
  • Periksa juga lain-lain perkara seperti atap, dinding dalam rumah, siling, atau barangan eletrik yang rosak dalam rumah untuk kita gantikan.

c) Kurangkan kos yang tak sepatutnya.
  • Ramai pembeli lebih tertumpu untuk beli rumah dahulu, dan akan buat renovation ikut idea dan kemampuan mereka sendiri. Tak ramai yang rela labur duit lebih untuk beli rumah yang sudah siap di-renovate. 
  • Strategi terbaik adalah ubahsuai yang perlu sahaja, dan berikan perhatian kat kos yang kita laburkan. Ini boleh elakkan kita rugi daripada sudut kos, serta kurangkan potensi rumah kita untuk dibeli oleh prospek.

d) Kurangkan guna strategi “hard sell”.

Strategi Jual Rumah #4: 
Layan prospek buat lawatan ke rumah yang nak dijual.
a) Open House
b) Lawatan secara privasi.


Semoga strategi yang Amir kongsikan diatas dapat memberi sedikit idea bagaimana kita mahu menjual rumah. 

Post a Comment

0 Comments