Apakah maksud MRTT dan MLTT?

MRTT bermaksud Mortgage Reducing Term Takaful. Dalam istilah insurans konvensional, ia juga dikenali sebagai MRTA. Manakala MLTT pula merujuk kepada Mortgage Level Term Takaful.


2 produk ini adalah produk yang patuh syariah, selari dengan konteks perancangan kewangan Islam. Jadi, MRTT dan MLTT adalah releven untuk tujuan ini. Dan ia ditawarkan oleh kebanyakan syarikat takaful yang ada di Malaysia.

Setiap produk yang ada di dunia ini ada kelebihan dan kekurangan masing-masing. Korang boleh rujuk jadual perbandingan antara MLTT dan MLTT ini.

Dari segi harga, MRTT jauh lebih rendah berbanding MLTT.

Cuma, MRTT perlu dibayar sekaligus. Manakala MLTT boleh dibayar secara ansuran.

Ada juga pelan MRTT yang berikan pilihan kepada peminjam, untuk dimasukkan sekali ke dalam bayaran ansuran pembiayaan perumahan yang dibuat (dan ia bergantung kepada jenis bank yang kita buat pinjaman).

Payment of contributions (pembayaran caruman sumbangan) untuk MRTT 100% dibayar untuk perlindungan. Ini jadi sebab MRTT lebih murah berbanding MLTT. Bagi MLTT pula, ada sedikit aliran tunai.

Insyaallah, lepas ni Amir akan kongsikan lagi bab lain mengenai MRTT & MLTT ni lagi.

Post a Comment

0 Comments