Buat Sedikit, Dapat Banyak

Dalam rancangan Tanyalah Ustaz yg bertajuk "Buat sedikit, Dapat banyak" ada menyentuh pasal solat Qasar ini. Solat Qasar ini adalah hadiah dari Allah buat umat islam yang bermusafir mengikut syarat yang ditetapkan.

Umat islam wajib bersolat cuma bila bermusafir, mereka dibenarkan solat Qasar. Takrifan Solat Qasar adalah mengqasarkan (memendekkan) solat yang empat rakaat iaitu Zuhur, Asar dan Isya’ kepada dua rakaat sementara solat Maghrib dan solat Subuh tidak boleh diqasarkan.
Cuba bayangkan Allah sayang pada kita dengan memberi kemudahan ini tanpa mengurangkan sedikit pahala bersolat. Subhanallah.

Walaupun dengan zaman sekarang ini, banyak R&R yang dibina dan surau2 ada disepanjang jalan di Malaysia. Ada yang mengatakan tidak perlu pun solat Qasar ini. Hakikatnya, jika kita di negara bukan Islam..tidak semua kemudahan ini ada dan yang paling penting ialah ia adalah hadiah dari Allah.

Bagi yang ingin tahu lebih lanjut tentang panduan solat qasar & jamak, leh klik link disini

Post a Comment

0 Comments