Friday, 2 October 2015

Cara Menyemak Kredibiliti Seseorang Dari Segi Kewangan

Tips ini Amir ambil dari FB dan ia sangat berguna buat diri kita bagi menyemak status kewangan seseorang itu apabila kita berurusan dengan mereka ini seperti memberi sewa rumah atau berbisnes.

----------------------------

Tulisan ini diambil dari FB Raja Kamil
Sifu saya pesan, kalau nak berbisnes.
Jangan berurusan dengan orang yang dah bankrap.

Bukan orang bankrap ni jahat, tapi kita tak mau terpalit dengan masalah dia.

They come with 1000s of problems.

Jadi, bagaimana nak tahu dia bankrap?

Langkah #1 : dapatkan nombor IC dia
Kalau segan nak minta, dapatkan no syarikat dia. Pergi kat ssm, bayar RM15, akan dapat maklumat director. Ada no ic sekali.

Langkah #2 : semak, dia bankrap atau tak di sini, http://sspi2.imi.gov.my/default.aspx
Itu adalah web imigresen. Boleh semak, samada dia dikenakan sekatan untuk ke luar negara atau tidak. Biasanya, bagi orang awam macam kita, kena sekatan sebab bankrap. Kalau ada masalah, akan keluar "sila rujuk pejabat imigresen terdekat"

Langkah #3 : extra kerja sikit. Nak alamat suspek? Semak kat sini.
http://daftarj.spr.gov.my/semakdm/semakandm.asp

Ini adalah alamat daftar pemilih. Mungkin dia tak tinggal situ. Tapi, boleh jadi klu awal. Boleh juga gunakan maklumat ini, untuk tahu samada, dia guna identiti sebenar atau tidak.

Langkah #4 : extra. Biasanya, orang jahat ni, dekat jalanraya pun jahat. Boleh tengok saman dia di http://www.jpj.gov.my/pertanyaan-saman-notis

Pilih yang masukkan no. Id sahaja.

Sebenarnya, banyak lagi perkara boleh semak, dengan hanya no IC sahaja.

3 comments:

Noor Afifah said...

Woww. Baru ku tahu. As simple as abc.

Encik Gajah said...

Semoga ilmu yang dishare ini bermanfaat kepada kita semua :)

Mahfuzah_ Put said...

Dahbertambah cantik blog MAM :)