Kenapa Kita Perlu Ada Ilmu Hartanah?

Amir baru paham kenapa pentingnya ada ilmu hartanah dan jangan bergantung 100% dengan khabar2 berita dari media sosial yang menakut2kan orang ramai tentang harga rumah ni.
Sebab ramai diantara kita sebenarnya nak beli rumah pertama, mesti beli yang paling cantik2 seperti impian kita. Hakikatnya, harga yang kita akan dapat sudah semestinya cecah hampir 7 angka compare dengan gaji yang kita dapat setiap bulan. Kalo kerja swasta, maybe leh la kot nak beli.

Cara yang sebenar nak beli rumah pertama adalah mengikut kemampuan dulu. Kalo gaji kita takat apartment, kita beli dulu yang itu. Selepas 5 tahun, bila ekonomi kita sudah maju..baru kita pindah ke rumah landed plak. Rumah apartment tu leh disewakan. At least kita dah ada 2 rumah dalam masa 5 tahun. Insyaallah, ia akan berkembang lagi sehingga umur kita dah nak pencen.

Apa yang Amir sendiri lihat dan dengar, biasanya bila dah pencen. Citarasa kita yang dah tua pun dah lain juga. Masa muda nak duduk banglo, bila dah pencen..rasa payah nak naik tangga. Jadi jual banglo tu utk beli rumah 1 tingkat plak yang ada jiran2. Dekat dgn surau dan kedai makan. Amir sendiri lihat berapa byk rumah banglo kat Bangi ni orang nak jual. Maintanence tak yah citer kalo banglo 2 Juta, mahu dekat rm1000 setiap bulan nak kena spend (Bil letrik, air dan rumput keliling rumah). Betul kan?

Hanya berkongsi pandangan yang tak seberapa dengan kawan2 jer ni.

Post a Comment

0 Comments