Thursday, 22 October 2015

Kiraan Duti Setem

Pada yang baru nak berjinak-jinak dengan dunia pelaburan hartanah ni, tahu tak apa itu ‘Duti Setem’?

Secara bahasa mudah, duti setem adalah satu taksiran cukai atau pungutan duti setem yang tertakluk pada akta setem 1949. Setiap transaksi hartanah yang berlaku adalah wajib dikenakan duti setem.

Tapi, bagaimana duti setem di kenakan pada hartanah yang dibeli?
Di dalam mana-mana urusniaga pembelian hartanah, sebagai pemilik baru pada hartanah tersebut anda akan dikenakan duti mengikut nilai harga yang berkaitan.

Kiraan duti setem dilakukan seperti berikut:

1. RM100,000 pertama : 1% dari RM100.000 yang pertama.

2. RM100,000 keatas tetapi tidak melebihi RM500,000 : 2% dari RM100,000 sehingga RM500,000

3. Melebihi RM500,000 : 3% untuk RM500,000 seterusnya.

Contohnya, jika anda membeli rumah berharga RM250,000, setem duti yang dikenakan adalah RM4,000.

Semoga ilmu ini bermanfaat :)

No comments: