Lagi Besar Periuknya, Lagi Banyak Keraknya

Logiknya, lagi besar pendapatan, lagi besarlah jumlah yang mampu kita simpan setiap bulan. Tetapi realitinya tidak begitu. Pepatah Melayu ada mengatakan : "Lagi besar periuknya, Lagi banyak keraknya"
Betul kata pepatah melayu tu sebab Amir sendiri sudah merasainya apabila income business meningkat mendadak dari tahun 2013-2014, terasa macam semua benda nak dibelinya sahaja. Yes..banyak benda yang kami beli untuk memuaskan nafsu sendiri & sebahagian darinya juga dibeli untuk ahli keluarga kerana mereka yang banyak membantu kami & support business kami ini.

Pada April 2015 sewaktu GST pertama kali diimplement, bisnes kami terasa goyah kerana ramai customer mula berjimat cermat kerana barang2 yang mereka selalu beli sudah naik harga. Siapa la yang bijak pandai kata tak naik harga ni? Sapa menterinya? Hehe

Alhamdulillah, selepas beberapa hari berbincang dengan wife & cuba mencari punca masalah yang berlaku. Allah telah gerakkan hati untuk register seminar Tuan Azizi Ali dengan bayaran rm300 untuk 1 hari. Lepas balik dari seminar tu, baru terbuka mata ni seluas2nya yang bahawa apa yang Amir amalkan untuk handle kewangan hanya dalam 10-20% jer. Fuhh..terasa macam tak percaya bahawa kita ini sebenarnya tidak terdedah dengan pengurusan kewangan kerana ia dianggap seperti taboo. Even dengan parent pun tidak pernah disentuh bab ini. Macam mana la anak2 kita nak tahu kalo parent tak ajar kan? Kat sekolah pula, banyak subject lain yang diajar untuk mendapatkan gred yang bagus. Walhal, subject pengurusan kewangan ini juga penting bagi kita menghandle kewangan diri sendiri bila besar nanti.

Amir just nak berkongsi pengalaman Amir sendiri selepas bulan 5 yang lepas. Semakin banyak Amir membaca buku-buku kewangan, bisnes dan pelaburan, semakin banyak Amir mampu mengawal setiap duit yang keluar! Tak percaya? Cuba sendiri. Bagi diri anda at least 6 bulan untuk apply tip2 yang dikongsikan dari buku2 yang anda baca itu.
Akhir kata, pesan pakar kewangan Tuan Azizi Ali; untuk tambah kekayaan, kita mesti tambah ilmu tentang kewangan. Ilmu itulah yang akan membezakannya nanti, insyaAllah.

Post a Comment

1 Comments