Friday, 2 October 2015

Rahsia Mendapatkan Perlaburan Hartanah Dengan ROI Yang Infiniti

Kisah yang Amir hendak kongsikan disini adalah bagaimana kita boleh manfaatkan hartanah kita yang ada dengan membantu orang lain. Setiap orang ada pelbagai kaedah untuk membantu orang lain yang kurang bernasib baik.

Kisah dari Saudara WM Syamzari ini sama dengan apa yang Amir fikirkan 3 hari lepas selepas menonton 'Tanyalah Ustaz" berkaitan "Memberi sedikit, Pulangannya Banyak"

Jum sama2 kita amik kisah ini sebagai pembakar semangat untuk menjadikan kita ini kaya didunia dan akhirat juga

-----------------------------------------
Apa yg paling penting dlm membuat perlaburan hartanah? Ramai yang berkata, semakin tinggi Return of Investment (ROI), semakin UNTUNG. Dapat ROI > 8% sudah cukup bagus.

Ada juga yg mencari CAPITAL APPRECIATION, terutamanya utk flipper. Beli below market, jual harga paling tinggi.

Bagaimana cara mengira ROI yang tepat? Secara TEORI :
ROI = (MONTHLY RENTAL x12month) / Purchase Price × 100%

Tapi pernahkah kita bertanya, adakah ROI itu segala-galanya?

Terkenang kisah pembelian TERBAIK yg pernah saya buat pada tahun 2010. Sebuah flat tingkat 1 di Damansara Damai. Harga pasaran ketika itu sekitar RM60k. Saya dgn rela hati membayar RM65k. Komitment bulanan sekitar RM250 + RM30(maintenance fee). Saya kemudiannya telah 'memilih' penyewa saya sejak 5thn lepas, dgn kadar sewa hanya RM350/bulan, tanpa sebarang deposit..sehingga kini.
Secara TEORI & tersurat, saya RUGI sekitar RM5k kerana membeli pada ABOVE market price ketika itu. Saya juga tidak untung kerana mempunyai ROI sekitar 6% shj. Tanpa deposit. Saya juga nampak 'bodoh' kerana tidak pernah menaikkan sewa sejak 5thn lepas(harga sewa trkini sekitar RM650). Itu apa yang tersurat & teori shj.

Yang TERSIRAT,flat tersebut dibeli dari keluarga terdekat, yg baru kehilangan kerja. Pada masa yg sama, baru mendapat baby baru & anak sulung mereka baru shj mendaftar ke kolej. Mereka lebih memerlukan daripada saya. Kerugian RM5k, kini merupakan keuntungan INFINITI bagi saya.

Yang TERSIRAT, flat itu disewakan oleh penyewa 'pilihan' saya. Sebuah family india muslim, MUALLAF yg baru memeluk islam. Suami bekerja sebagai pemandu lori&si isteri, suri rumah sepenuh masa. Disisih keluarga, berhijrah ke KL dgn anak2 kecil mencari rumah utk berteduh. Saya mungkin kehilangan potential +ve cash flow sehingga RM400 setiap bulan, tapi ia kini adalah ROI infiniti bagi saya. Allah telah memilih saya.

ROI bukanlah segalanya. Doa mereka berdua adalah ROI INFINITI bagi saya.

Ini shj coretan PENGORBANAN kecil saya.
NOTA:
1. Flat trsebut kini bernilai $100k+ , driving distance dgn new MRT line.
2. Harga sewa dikekalkan RM350, selama mana diperlukan.Kerana mereka adalah penyewa dari syurga.
3. Selepas pembelian flat trsebut, 5 pembelian hartanah saya seterusnya dipermudahkan Allah. Satu lg ROI INFINITI bagi saya.

PS: Saya yakin pelabur2 hartanah di luar sana juga mempunyai ROI infiniti seperti saya. Sama2 kita mengekalkannya.

SELAMAT HARI RAYA KORBAN
Coretan ikhlas,
WM SYAMZARI

2 comments:

aeinna Musa said...

Very good sharing amir...

Begitulah sebaiknya.berniaga dgn Allah.

Encik Gajah said...

Yups, kadang2 kita asik kerja dunia sampai terlupa yang akhirat.
Insyaallah, kita boleh tiruvasi macam kawan kita ini