Tips : Tawar Menawar Membeli Rumah Subsale

Hari ni, Amir nak kongsikan 10 tips tawar menawar apabila ingin membeli rumah subsale. Tips ini Amir ambil dari buku Cinta Rumah Subsale dimana penulisnya berjaya mendapat keuntungan rm84k dengan modal rm1k. Menarik bukan?

Jadi, apa tipsnya? Meh sama2 kita baca :)
1. Jangan tunjukkan kekayaan anda dengan memakai kereta yang mewah atau pakaian yang berjenama semasa melawat rumah yang ingin dibeli.

2. Kalau boleh bawa anak dan isteri untuk tunjukkan kesungguhan anda membeli rumah tersebut.

3. Tanya sebab sebab owner jual rumah tersebut. Sekiranya owner terdesak ingin guna duit, sila tawar harga yang lebih rendah lagi.

4. Perjelaskan satu persatu kerosakan dan kos baik pulih rumah yang hendak dibeli.

5. Bawa buku cek anda.

6. Setkan satu harga yang rendah dan anda serius bayar deposit booking pada hari itu juga dengan cek anda.

7. Beritahu pihak penjual bahawa anda telah semak di bank berkenaan dengan kelayakan pinjaman anda dan tiada masalah untuk dapatkan loon.

8. Cuba yakinkan penjual bahawa anda adalah seorang yang senang berurusan dan tidak mempunyai masalah kewangan.

9. Jangan terlalu menunjukkan bahawa anda suka akan rumah tersebut di hadapan owner atau agent.

1o. Berikan sedikit tempoh masa untuk owner pertimbangkan harga yang anda tawarkan.


Post a Comment

1 Comments

Terbaik bang. InsyaAllah saya skrg dlm proses beli rumah subsale juga ni