Sunday, 22 November 2015

Caveat @ Kaveat Dalam Hartanah

Anda WAJIB ambil tahu pasal Kaveat jika ingin menjadi seorang pelabur hartanah


Perkataan ini berasal dari bahasa latin yang membawa maksud : BERHATI-HATI!!

Ia adalah sejenis “Statutory injuction”, dan termaktub dalam kitab kanun tanah Negara seksyen. 322(1).

Kepentingannya ialah mengelakkan pertindihan hak terhadap hartanah yang sama.

Dalam bahasa mudah :-
Kalau hartanah tu ada caveat, kena berhati2 sebab dah ada orang lain yang menyatakan dia mempunyai kepentingan terlebih dahulu terhadap tanah tu.

Kalau nak mudah lagi :-
Bila kita tengok tanah tu ada caveat, check dulu siapa yang masukkan & kenapa dia masukkan caveat tu. Takut nanti kita dah bayar, rupanya2 ada orang lain yang lebih berhak atas tanah tu

Kalau tak paham lagi (contoh paling mudah) :-
Bro, awek tu dah bertunang, yang kau nak gi sebok2 g tackle dia pasal ape? dah habis ke gadis2 sunti dalam dunia ni?

Tapi Bro, kalau kau betul2 dah jatuh hati kat awek tu..ada jalan lain sebab dia baru tunang jer...kira ada can lagi nak kasi adjust. Yang penting, ko kena cari yang pakar (lawyer hartanah yg berkaliber)

Syarat yang kau perlu tahu nak dapatkan awek tu..ayat kau kena power… then nak kena tahu apa risiko2 yang terlibat, dan macam mana nak tackle bagi awek tu sangkul kat kau plak.. dengan syarat, jangan main bomoh2 ni. kita pakai law punya. 

Semoga anda paham la apa itu kaveat. Kalo nak lagi info, leh klik kat sini 

Info ini amir dapat dari FB member, Brother Khairul yang banyak membantu kami dalam menguruskan kes2 hartanah.

No comments: