Rezeki Berupa Kebijaksanaan

"Sesiapa yang bertakwa kepada Allah, maka Dia (Allah) akan tunjukkan jalan keluar. Dan memberinya rezeki dari jalan yang tidak disangka-sangka. Dan sesiapa yang bertawakkal kepada Allah, maka Allah akan mencukupkan (keperluan)nya. (Surah Ath-Thalaq : 2-3)

Rezeki yang Allah berikan kepada kita ini ada pelbagai rupa. Bukan hanya wang ringgit, harta benda dan anak2 sahaja. Kebijaksanaan kita sebagai seorang manusia juga adalah rezeki dari Allah. Setiap manusia yang lahir ini mempunyai kebijaksaan yang berlainan dari yang mahir membuat kereta, membaiki rumah, menguruskan pendapatan dan pelbagai lagi. Jika kita menimba ilmu dan mendapat kebijaksanaan menguruskan pendapatan keluarga, ia adalah satu rezeki dari Allah juga. Dengan ilmu itu lah, kita dapat hidup dengan tenang walaupun pendapatan kita tidak besar tetapi ia serba mencukupi.

Post a Comment

1 Comments