Skim Cepat Kaya : Emas

Tahukah anda bahawa tahun 2014 adalah tahun yang malang buat pelabur emas kerana ada lebih 20 Skim Cepat Kaya yang beroperasi ketika itu yang melibatkan nilai lebih 1 Billion Ringgit. Ramai pelabur emas yang terkena dengan mereka termasuk la juga dari ahli keluarga Amir sendiri sehingga puluhan ribu ringgit habis begitu sahaja. Amir ada dengar mereka masuk skim2 ini sebab bgtau dapat pulanagan secara bulanan, tetapi tak berani nak suarakan sebab ilmu tiada didada. Cuma boleh bgtau, berhati2 sebab pelaburan sebegitu sangatlah "Manis" compare dengan pelaburan yang sebenar dimana keuntungan yang boleh dapat paling tinggi 20% SETAHUN. Bukan sebulan yer kawan2 atau mingguan.


Akhbar harian Metro ini (bulan Feb 2015) Amir jumpa dalam stor semasa tengah kemaskan barang, just nak beritahu bagaimana lelaki berumur 29 tahun boleh menipu ramai tauke emas sehingga RM195 Juta dengan nilai emas seberat 1.5 tan.

Dari hasil bacaan Amir, modus operandinya mudah jer.
1. Promote kat media sosial.
2. Jual emas harga bawah 10-20% dr harga market.
3. Tarik minat tauke emas dengan wat deal utk beberapa bulan.
4. Setup opis cantik2 sebab tauke2 emas nak dtg tgk sendiri termsk skali documentation.
5. Bila dah rasa cukup duit yg dicollect, bagi alasan yg stok emas xde.
6. Lesapkan diri ke luar negara.
7. Hidup happy sampai duit abis & plan bisnes lain plak.

Orang yang wat bisnes ni akal mereka lagi pintar dan sentiasa upgrade kelemahan mereka sampaikan org yang expert pun akan terpedaya juga akhirnya. Mereka boleh dikatakan telah train diri mereka supaya berterampilan seperti orang professional malah gaya percakapan mereka juga sangat menarik.

Jadi, berhati2 lah bila berurusan dengan orang2 sebegini dan siasat habis2an company mereka. Dan Amir syorkan juga korang baca buku2 tentang Skim Cepat Kaya atau Sindiket Penipuan ni sebagai ilmu tambahan sebab diorang nya konsep lebih kurg sama jer.

"Berguru dengan kesilapan itu Mahal Harganya"

Post a Comment

0 Comments