Saturday, 21 November 2015

Skim Cepat Kaya : Highway Resources

KOMEN AZIZI ALI TENTANG HIGHWAY RESOURCES
"Dipetik dari FB Fan Page Azizi Ali Mentor Wang"

1. Setelah membaca write-up dan mendapat keterangan tentang Highway Resources, saya mempunyai banyak kesangsian dan reservations tentang operasi syarikat ini. Mengapa? Read on.


2. Berikut adalah write-up dalam laman web mereka:
“Konsep highwaygroup ialah muafakat jemaah, bukan perniagaan. Sebagaimana khairat kematian yang diwujudkan dalam sistem ekonomi islam. Wang yang kita join akan disimpan dalam tabung kumpulan dana highwaygroup. Wang tersebut akan dibahagi apabila tiba masanya seperti yang telah ditetapkan, iaitu pada 10hb, 20hb & 30hb. Untuk mudah faham. Contoh khairat kematian. Wang dikumpul dalam satu tabung, dan akan dibahagi kepada ahli yang menyertai bila tiba waktu yang ditetapkan iaitu mati. Begitu jugalah dengan highwaygroup. Amatlah mudah untuk anda fahamkan perjalanan wang dalam highwaygroup.”

3. Ayat ini memang power sebab mereka meminjam konsep khairat kematian dan bayangan agama Islam untuk mempromosi program mereka. (FYI, konsep yang lebih kurang serupa digunakan oleh scam Mecca Fund untuk menarik wang ‘pelabur’ yang kurang arif tentang pelaburan.)


4. Jadi in summary, Highway Resources mengutip wang daripada ‘pelabur’ dan kemudiannya memberi pulangan selepas waktu tertentu. Lebih banyak wang yang ‘dilaburkan’, maka lebih tinggilah jumlah pulangan. Dan jika anda merekrut ‘pelabur’ lain ke dalam program ini, anda akan dapat menikmati pulangan yang amat menarik.

5. Poin 2 hingga 4 memang nampak power. Tetapi apakah yang membuatkan saya begitu curiga dengan program Highway Resources ini? Banyak sebabnya.

6. Pertama: syarikat ini mengutip wang pelabur Malaysia. Ini adalah satu kesalahan disegi undang-undang kerana hanya entiti2 terpilih saja (e.g. bank, syarikat unit amanah dan syarikat insurans) yang boleh bertindak demikian.

7. Syarikat ini memberikan ‘pulangan’ daripada ‘pelaburan’ yang dibuat (bukti ‘pelaburan’ tidak pula diberikan; cuma main sebut saja!). Ini bermakna program ini adalah satu pelaburan, yang bermakna mereka sekali lagi menyalahi undang2 Malaysia.

8. Syarikat ini juga menggunakan konsep mlm (boleh rekrut downline). Hanya syarikat yang mempunyai lesen jualan langsung (direct selling) yang dibenarkan bertindak demikian. Ini lagi satu kesalahan kerana setahu saya Highway Resources tak mempunyai lesen tersebut.

9. ‘Pulangan’ pelaburan (ROI) yang diberikan tak masuk akal – 214% dalam masa 4 bulan! Seperti yang saya selalu khabarkan, walaupun kita semua mahu ROI yang tinggi, ROI tersebut mestilah angka yang sensible dan reasonable. Dan ROI 214% dalam masa 4 bulan tak masuk akal langsung! Ini seperti team bolasepak kampung Seri Wangi mengalahkan Real Madrid dengan scoreline 10–0!

10. Mengapa ROI tersebut tak masuk akal? Legenda2 pelaburan dunia seperti Warren Buffett dan George Soros pun ‘hanya’ memberikan ROI diantara 22%-34% setahun! Jadi masuk akalkah orang yang baru berniaga beberapa bulan boleh memberikan pulangan yang begitu tinggi menggila?

11. Jika betul angka ‘pulangan’ itu pula, sudah tentu satu dunia akan melompat! Majalah Fortune dan Forbes serta stesyen TV CNN dan Al-Jazeera akan menemuramah pengurus pelaburannya, dan satu dunia juga akan datang berpusu-pusu untuk melabur dalam program ini. Semua ini tak berlaku dan malah tak ada siapa di luar Malaysia yang kisah langsung!

12. Saya juga mempunyai banyak persoalan tentang syarikat dan dana ini: Siapakah pengurus dana tersebut? Apakah kelayakkannya? Berapa lamakah pengalaman beliau menguruskan dana? Siapakah lagi management team dana tersebut? Semua maklumat ini tak ada disebut.

13. Siapakah auditor dan trustee dana tersebut? Tanpa kedua entiti ini, pengurus boleh melakukan apa saja yang dia mahu dengan wang yang dikutip – joli, makan angin, kahwin lagi satu…

14. Wang yang dikutip ‘dilaburkan’. Tetapi apakah pelaburan yang dibuat? Kalau main sebut tanpa bukti, budak2 sekolah pun boleh sebut!

15. Dimanakah prospectusnya? Dimanakah laporan tahunannya? Kedua2 dokumen ini pun tak ada. Tanpa dokumen2 ini, bagaimana kita nak tahu objektif dana, pulangannya, risikonya, dimana pengurus nak melabur wang dikutip, etc.?(FYI, Pegasus Bullion dan UFun juga tak mempunyai dokumen2 kritikal ini.)

16. Jangan pula terpedaya dengan gambar borang 9 (perakuan perbadanan syarikat sendirian). Borang itu adalah pendaftaran syarikat dengan SSM. Dalam kata lain, syarikat itu telah didaftarkan dengan SSM. FYI, SEMUA syarikat Sdn Bhd di Malaysia mempunyai borang yang serupa! Ini tidak bermakna bisnes mereka untung, valid dan tak menipu! (Langkah ini lebih kurang sama dengan seorang Mamat – dengan megahnya – menunjukkan gambar ICnya untuk menyatakan dia sah seorang rakyat Malaysia. Realitinya, berjuta2 rakyat Malaysia juga mempunyai IC!)

17. Jangan juga terpedaya dengan agreement yang dimatikan stem. Agreement 100 muka surat dan distem 100 kali pun tak bermakna jika pihak yang buat agreement itu tak dapat, tak mahu atau tak berdaya menunaikan apa yang telah dijanjikan.

18. Untuk mengaburi mata ‘pelabur’, ikon2 (e-hem) Highway Resources membuat berbagai claim, yang kadang2 bercanggah antara satu dengan lain. Ada ikon yang kata HGR adalah pelaburan (mengumpul dana), ada yang kata perniagaan (property, developer dan money exchanger) dan ada pula yang kata koperasi. Dengan membuat claim2 begini, senanglah mereka mengaburi mata ‘pelabur’. Bila ‘pelabur’ tanya mengapa tak ada ciri2 pelaburan (seperti yang saya sebut di atas), ikon jawab ianya ‘perniagaan’. Bila ‘pelabur’ tanya mengapa tak ada ciri2 ‘perniagaan’, ikon jawab ianya satu ‘pelaburan’! Bila kedua2nya tak boleh pakai, ikon jawab ianya berkonsepkan koperasi. Jadi salah satu jawapan itu mesti betullah macam tu!

19. Anyway, saya sudah periksa dengan Suruhanjaya Koperasi. Mereka menjawab mereka tak pernah dengar pun tentang Highway Resources atau HGR! (Anda boleh telefon sendiri Suruhanjaya Koperasi di 03-2083 4000 untuk mengesahkan situasinya.)

20. Sudah tentu akan ada ahli Highway Resources yang menyangkal semua poin2 di atas dan berkeras mengatakan program itu adalah betul kerana mereka mendapat pulangannya secara konsisten sudah beberapa bulan. Inilah jawapannya: PULANGAN WANG ITU DATANG DARIPADA AHLI BARU DAN TAMBAHAN PELABURAN OLEH AHLI LAMA. Itulah sebabnya Highway Resources boleh memberikan pulangan secara konsisten – kerana ahli mencurahkan wang ke dalam syarikat! Dalam kata lain, wang itu di-recycle-kan. Situasi ini TIDAK AKAN BERTERUSAN. Ianya akan berakhir apabila jumlah ahli berkurangan atau bila Highway Resources diserbu oleh Polis/BNM atau bila sistem computer Highway Resources kena hack atau pihak pengurusan menutup operasi (yang mana berlaku dulu).

21. Sebenarnya, banyak lagi poin yang boleh saya ketengahkan, tetapi saya rasa ini lebih daripada cukup untuk membuatkan saya curiga sampai ke tahap dewa akan operasi Highway Resources.

22. Sebelum mana2 pihak memberi komen, sila baca dulu post EXPOSE HELAH PENGUSAHA-PENGUSAHA SCAM bertarikh 14 Okt 2014, 16 TIPS UNTUK MENGENAL PASTI PELABURAN YANG VALID bertarikh 26 Okt 2015 serta post-post tentang Pegasus Bullion, Emas ETA dan UFun/UToken (semuanya diawal tahun 2015) untuk hiburan anda.

23. Tolong jangan kata saya tak boleh komen atau post apa-apa tentang Highway Resources sebab saya bukan ahli dan oleh itu tidak faham sistemnya. Saya juga bukan ahli dan tidak ‘melabur’ dalam Skim Pak Man Telo, Swisscash, Genneva, Pegasus Bullion, Emas ETA, Mecca Fund dan UFun/UToken atau tetapi semua expose saya tentang scam2 ini betul belaka. (That’s 7 out of 7 correct, mind you.)

24. Conclusionnya? Saya mempunyai 1,001 keraguan tentang Highway Resources dan tak akan dekat sebatu dengannya. Saya tahu wang saya akan terbang melayang entah kemana jika saya menyertai scam ini! Jadi jika anda tak sabar2 nak menanggung kerugian dan kepedihan hati kena tipu, you know what to do!

25. Dan akhirnya untuk menyelamatkan masa dan tenaga ikon2 Highway Resources yang pasti tidak bersetuju dengan semua apa yang saya tulis ini, mereka bolehlah memilih salah satu daripada standard replies di bawah untuk menyangkal poin2 saya:

a) Azizi Ali tak berhak untuk buat komen sebab dia bukan ahli Highway Resources.
b) Azizi Ali tak faham konsep Highway Resources sebab (a).
c) Azizi Ali tak boleh komen sebab dia pakar hartanah semata.
d) Azizi Ali tersilap kerana dia tak faham yang Highway Resources adalah satu konsep ‘pelaburan’ yang unik dan baru dan berlainan daripada Skim Pak Man Telo, Genneva, ataupun UFun.
e) Azizi Ali PhD sebab tak boleh tengok orang Melayu lain jadi lebih kaya daripada dirinya! (FYI, inilah retort yang paling popular dikalangan para scammers!)

9 comments:

Akif 25 said...

Tq dgn points ttg HRG. Da sebulan lbih cari maklumat hari ni bru jmp. And yes sy sgt setuju dgn semua points anda. Kalau blh disimpulkan, HRG ni seperti skim cepat kaya bkn?

Encik Gajah said...

Betul tu En Akif. Mmg skim cepat kaya pun. Jadi, kena warning kawan2 kita yang lain sebab ramai sudah yang terjebak. Maklumlah, semua nak cepat dapat duit

Zahir Zibra Zahir said...

Hmm lama cari article ni.
Puas selongkah tp takde.jadi sy pn ngn tnpa pikir panjang terus melabur.redha la apa nak jadi lepasni.kena.tipu pn redha jelah.T.T

Encik Gajah said...

Amir syorkan En Zahir supaya cepat2 keluarkan duit dari program ini kerana pengalaman saya sendiri yang sudah 2 kali terkena sblm ini. Pengalaman pahit itu membuatkan kami menimba lagi ilmu tentang kewangan. Insyaallah.

Unknown said...

En. Zahir bila mrlabur? Dpt x bulan2... Ke xdpt langsung...

Unknown said...

Entahlh ek..dgr sini camni dgr sane camtu..

mohd shahrin haji seliman said...

Ha,ah en zahir dah dptlh tu

Firefox firdaus said...

Skim cepat kaya ni semua mengarut. Orang atas dia sebenarnya orang sama je. Group sama. lepas dah kumpul banyak duit. bubar buat lain. orang masuk lagi. Melayu selalu je terkena. Cina tak, rela kerja/ niaga 10 sen untung pun niaga gak. Sikit2 lama2 jadi bukit.

[Jemput ke blog saya untuk tips Kerja Part Time Online]

Tanpa Nama said...

Prottt poot potpotpot pooottt cret.. alamak tercirit.. hgr sontot power.. loose lubang you