18 Tips Untuk Mengenal Pasti Pelaburan Yang Valid


Tips ini dishare oleh Tuan Azizi Ali, Pakar Kewangan yang terkenal di Malaysia. Amir ada baca beberapa buku beliau mengenai kewangan dan salah satu topik yang hangat ialah pelaburan.

Di Malaysia, ada terdapat beratus2 pelaburan yang sah tetapi orang kita masih gemar melabur di tempat yang tidak sah akibat seronok mendengar pulangannya yang lumayan tanpa perlu bersusah payah. Jadi, Amir kongsikan 18 tips buat pembaca blog Amir mengenai pelaburan yang valid dan sah :-

1. Saya telah mendapat banyak soalan serta PM tentang beberapa produk kewangan dan skim pelaburan yang terkini dan panas di Malaysia sekarang. Ini termasuklah Arba, Amethyst Gold, Bitcoin, CycleRich, EmGoldex, JTC33, KongsiMakan, MFace, MyBCWorld, MyMi1, One World Community Centre, Power Gold dan Zenith Gold.

2. Saya tidak dapat menjelaskan semuanya dengan terperinci. Ini adalah kerana (1) jumlah pelaburan-pelaburan tersebut terlalu banyak dan (2) saya perlu membuat pemeriksaan yang komprehensif yang memerlukan masa dan tenaga yang terlalu banyak, which I cannot spare.

3. Bagaimanapun, berikut adalah beberapa petunjuk untuk menilai sesuatu pelaburan.
4. Jika ianya sesuatu dana pelaburan (e.g. unit amanah dan mutual fund), ianya perlu mempunyai pengurus, auditor dan trustee. Nama2 mereka, pengalaman serta kelayakkan mereka mesti dijelaskan dengan terang (bukan main sebut nama saja).

5. Dana tersebut juga mesti mempunyai prospectus dan laporan tahunan. Kandungan prospectus dan laporan tahunan mestilah menerangkan objektif dana tersebut, sejarahnya, pulangannya, risikonya dan maklumat tentang poin 4 di atas.

6. Jika ianya sesuatu pelaburan semata (e.g. emas, perak dan hartanah) pula, sipenjual mestilah menceritakan tentang proses dan cara pembelian, penjualan, pulangan dan juga risiko.

7. Pengurus mestilah mempunyai alamat fizikal dan bukan alamat servis office atau alamat virtual saja.
8. Lagi satu petunjuk ialah pulangan tahunan (ROI) yang diberikan oleh 'pelaburan' tersebut. Walaupun sudah tentu kita mahukan pulangan yang tinggi, ianya mestilah angka yang reasonable dan sensible. Sebagai contoh, ROI melebihi 30% setahun adalah TIDAK reasonable ATAU sensible! Sesiapa yang claim long term ROI (tempoh > 2 tahun) yang lebih tinggi daripada 30% setahun (e.g. 120% setahun) don't know what he is talking about! Ini adalah seperti berkata pasukan bolasepak Kampung Seri Wangi telah mengalahkan pasukan Barcelona dengan scoreline 10 – 0!

9. Jika pelaburan-pelaburan tersebut mempunyai ciri-ciri yang seakan sama dengan Pegasus Bullion dan UFun yang telah saya tulis sebelum ini, besar kemungkinan ianya juga satu scam. Salah satu bayangan bahaya ialah pulangan bulanan/mingguan/harian kerana 99% daripada 'pelaburan' yang memberikan pulangan bulanan/mingguan/harian adalah scam.

10. Sudah tentu nama syarikat dan pelaburan tersebut tidak boleh ada dalam blacklist BNM dan/atau Securities Commission. Jika ada, lupakan saja 'pelaburan' tersebut. Jangan lupa juga yang banyak scam2 ini telah menukar nama syarikat, nama 'pelaburan' atau nama laman web (url) mereka untuk menutup langkah2 gelap mereka (e.g. UFun ditukar nama menjadi Unascos). Kalau sipengurus dan kuncu2nya orang yang sama, lupakan juga 'pelaburan' tersebut.

11. FYI, syarikat Sdn Bhd sebarangan tidak boleh mengutip wang pelabur tanpa lesen dan kebenaran daripada BNM. Hanya bank, syarikat unit amanah, syarikat insurans, pengendali takaful dan penyedia perkhidmatan pengiriman wang yang boleh bertindak demikian. Ini bermakna 'pelaburan' seperti UFun/UToken, Unascos, Mecca Fund dan HighwayGroup Resources (HGR) telah menyalahi undang2 Malaysia and therefore tak valid.

12. Syarikat Sdn Bhd juga tidak boleh menawarkan atau menjual sahamnya kepada public. (Hanya syarikat yang disenaraikan di Bursa Malaysia yang dibenarkan menjual saham kepada public.) Jadi mana2 syarikat (baru ditubuhkan atau sudah wujud) yang menawarkan atau menjual sahamnya kepada public – melalui ceramah, seminar, FB atau internet – telah menyalahi undang2 Malaysia.

13. Jika ianya peluang perniagaan MLM (boleh rekrut downline) pula, syarikat tersebut perlu ada lesen jualan langsung. Kalau tak ada, syarikat tersebut telah menyalahi undang2 Malaysia, and therefore tak valid juga.

14. Jangan juga lupa yang mana2 pelaburan yang memberikan fixed return (pulangan tetap) seperti Fixed Deposit adalah haram dalam Islam. Ini bermakna banyak skim2 yang tengah panas sekarang termasuk HGR adalah haram.

15. Seperti yang anda boleh lihat, kebanyakkan 'pelaburan2' yang disebut orang melalui FB, internet dan email tidak mempunyai dokumen2 yang saya sebut diatas terutamanya poin 4 hingga 7! Dan oleh kerana itu, besar kemungkinan ianya pelaburan yang tidak valid. Ini bermakna risiko untuk semua 'pelabur' dalam skim2 tersebut adalah teramat tinggi dan peluang untuk mereka menanggung kerugian adalah super tinggi – kira tahap dewalah!!!

16. Sudah tentu pengusaha2 scam akan memberikan berbagai alasan mengapa skim mereka special. Mereka akan claim macam2, menjanjikan bulan dan bintang dan malah membohong, menipu dan tak akan teragak2 untuk menggunakan ayat2 agama untuk menarik hati dan wang pelabur. But at the end of the day, jika skim tersebut tidak mempunyai banyak poin2 yang saya sebut di atas, besar kemungkinan (as in > 98%!) ianya adalah scam.

17. Akhir kata, mengapa nak bermain api melabur dalam skim2 yang pelik2 ini? Terdapat ratusan dana unit amanah yang valid di Malaysia, ratusan saham di Bursa Malaysia, pilihan emas yang banyak dan ratusan ribu hartanah untuk kita buat pelaburan. Mengapa tak pilih yang sah dan terbukti ini?

18. Jadi baca buku2 tentang kewangan dan pelaburan, dan semua yang dulunya samar2 akan menjadi jelas. As a result, peluang anda untuk menjana keuntungan naik dan peluang menanggung kerugian akan jatuh!

Post a Comment

0 Comments