Nilai Emas Kekal Ketika Inflasi Hyper

Mungkin ada diantara kita biasa dengar tajuk ni kan? Sampaikan bila dengar banyak kali sehingga nampak seperti satu kebenaran. Malangnya, kenyataan ini tidak 100% tepat di dalam situasi inflasi biasa. Tetapi kebanyakan darinya adalah sebaliknya.

Sebagai contoh, selepas harga yang tinggi $850 pada Januari 1980, walaupun ada ketika ia naik dan turun, nilai emas telah susut sekitar 70% nilainya dalam 20 tahun berikutnya di Amerika Syarikat dimana kadar inflasi dalam tempoh yang sama berkisar setinggi 13.58 %  pada tahun 1980 menjadi rendah 1.55% pada tahun 1998.

Tetapi apabila inflasi hyper berlaku ketika Jerman diserang inflasi hyper pada tahun 1923, mata wang mereka meningkat dengan mendadak sehingga harga sepasang kasut yang dahulunya berharga 12 mark menjadi 30 trillion mark selepas perang dunia 1. Masa itu, matawang mereka seperti tidak laku. Ia berlainan dengan emas apabila harga 1 blok hartanah komersial boleh dibeli dengan 25 auns emas. 

Kesimpulannya, sesiapa yang mempunyai emas, mereka dianggap berharta tidak kira apa jua situasi.

Harga 3 biji telur bersamaan 100 Billion Dollars Zimbabwe yang menghadapi Hyper Inflasi sekarang ini

Post a Comment

0 Comments