Thursday, 24 December 2015

Skim Cepat Kaya : RISIKO SKIM EMAS 70:30



Siapa disini familiar dengan SKIM 70 : 30 atau dikenali dengan nama "Serambi Emas". Ada 1 kisah dimana seorang bakal pesara tersangkut hutang lebih RM90,000 dengan Ar-Rahnu Agrobank! Modal belian RM60,000 guna duit gratuiti tu bakal lebur 100%!

Kesan buruknya:

✔ Duit RM60,000 lebur
✔ Tinggal rekod hutang yang buruk dalam CCRIS
✔ Susah apply loan lain in case nak buat loan lagi

Kalau umur dia muda lagi, boleh juga usahakan personal loan untuk tebus emas tu, tapi bila umur dah nak pencen, tak ada lagi bank yang nak bagi personal loan sebanyak tu.

Memang pelan keuntungan pembelian emas SKIM 70 : 30 nampak bulan dan bintang, tapi hakikatnya, bila harga emas turun 10% SAHAJA, mereka confirm rugi 100%! Rugi memang confirm. Yang ada cuma jalan meminimumkan kerugian sahaja.

Antara RULE PALING PENTING pelaburan emas:

✔ beli emas, dapat emas (kalau dapat kertas, biasanya ada problem)
✔ emas tu kita simpan sendiri (bukan serah pada orang lain 'laburkan')

Kekadang ada baiknya ambil masa bertenang untuk belajar sebelum melabur. Sebelum labur besar-besar, mulakan dulu secara kecil-kecil, dan tambahkan ilmu dari semasa ke semasa.

Wallahu a'lam.


Amir Marzhuki
Bandar Baru Bangi
Dealer Public Gold
PG00058738 
(h/p:012-2372641)

1 comment:

Norliza Ismail said...

Like..like..like..#beliemasdapatemas