Tips Beli Emas Dengan Harga Diskaun

Anda tahu tak mengapa emas tulen Public Gold memegang status emas pelaburan terbaik di Malaysia, ialah kerana HARGANYA YANG RENDAH. Bukan itu je, penyimpan emas juga berpeluang untuk beli emas dengan HARGA DISKAUN.

Diskaun ini khas untuk PENYIMPAN/PELABUR EMAS bertaraf Dealer. Status dealer tu memberikan pemiliknya diskaun jimat 1% - 2% setiap kali beli emas. Dealer ini ibarat agen dimana mereka wajib berkongsi ilmu dan juga tips kepada pelanggan mereka. Ia bukan hanya tertakluk kepada urusan jual beli sahaja yer.

Bagi setiap kali dealer beli emas, contohnya gold bar 250g (RM38,728), dia jimat sehingga RM774.56 (2%) berbanding pembeli biasa. Ini contoh buat Master Dealer. Yang dealer biasa akan dapat 1% diskaun bagi setiap belian yang dibuat. Menarik bukan?

Sebab tu, Amir sangat galakkan sesiapa yang serius nak simpan emas, dapatkan dulu status dealer Public Gold supaya berpeluang untuk beli emas dengan harga yang betul-betul rendah dan jimatkan lebih banyak wang!

Nota penting: TIADA YURAN dikenakan untuk jadi dealer Public Gold.

Post a Comment

0 Comments