Tips Membeli Rumah Dari Pemaju (Part 2)

Ini adalah sambungan dari part 1:-

Semoga ia memberi lagi ilmu tambahan buat semua yang ingin membeli rumah direct dengan pemaju.

11.) Apabila anda bersetuju untuk membeli sesebuah rumah yg dibina oleh Pemaju, anda akan menandatangani satu Perjanjian Jual Beli (SNP).Sebenarnya SNP untuk rumah yang dalam pembinaan yg dibina oleh Pemaju ini hendaklah menggunapakai Jadual G (untuk landed house) atau Jadual H (untuk strata title house) di bawah Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Perlesenan) 1966.

12.) Pendek kata SNP yg pembeli t.tgn itu adalah SNP yg standard dan telah ditetapkan syarat dan termanya oleh Kerajaan. Dan ianya sama sekali tidak boleh diubah sama ada oleh Pemaju atau Pembeli. Disebabkan ianya satu agreement yang standard, maka majoriti daripada Pembeli tidak membaca SNP tersebut.

13.) Alasannya, ini agreement standard sahaja, kalau baca pun sampai besok pun tak habis. Lagipun ini ayat lawyer, manalah saya faham. Itulah alas an-alasan yang biasa kita dengar.Peguam pun (sesetengahnya sahaja) ada yang tidak sempat untk menerangkan kpd Pembeli secara keseluruhan apakah terma-terma penting yang terdapat dalam SNP tersebut sebelum Pembeli t.tangan. Akibatnya, ramai yang beli rumah tetapi mereka tidak faham kandungan agreement yang mereka t.tgn itu. Bila ada masalah dengan rumah tersebut nanti barulah mereka akan cuba belek belek semula SNP tersebut.

14.) Jadi, oleh sebab itu di sini saya akan huraikan secara ringkas diantara terma-terma penting yang terdapat dalam SNP tersebut. Harap-harap selepas ini kalaupun anda tak sempat nak baca keseluruhan agreement tersebut, setidak tidaknya anda telah dapat gambaran secara umum apakah terma-terma penting yang terdapat dalam SNP tersebut. Diantara terma-terma tersebut adalah:- Pemaju hendaklah menyiapkan rumah dan menyerahkan milikan kosong rumah tersebut kpd Pembeli dalam masa 24 bulan daripada tarikh SNP. Tarikh SNP tidak semestinya sama dgn tarikh pembeli t.tgn SNP ya. Ia mungkin lewat sedikit drpd tarikh t.tgn SNP. Biasanya tarikh SNP adalah tarikh dimana SNP tersebut dimati setem.

15.) Sekiranya Pemaju gagal menyiapkan dan menyerahkan milikan kosong rumah tersebut kepada Pembeli dlm tempoh 24 bulan dari tarikh SNP tersebut, Pemaju dikehendaki membayar gantirugi kelewatan kepada Pembeli pada kadar sepuluh peratus (10%) setahun daripada harga beli bermula dari tarikh sepatutnya penyerahan pemilikan kosong dibuat hingga tarikh sebenar Pembeli mengambil pemilikan kosong rumah tersebut. Dan bayaran gantirugi tersebut hendaklah dijelaskan oleh Pemaju kepada Pembeli pada masa penyerahan milikan kosong rumah tersebut dibuat.

16.) Perkara ini mungkin ramai yang terlepas pandang, dimana kebanyakan Pembeli tidak tahu pun mereka layak dibayar gantirugi kelewatan siap rumah oleh Pemaju. Bagi mereka yg tahu hak mereka pun biasanya tidak bertanyakan ttg bayaran gantirugi tersebut pada masa serahan milikan kosong dibuat sedangkan SNP jelas menyatakan yang Pemaju kena bayar bayaran denda lewat tersebut pada masa serahan milikan kosong dibuat, bukannya menunggu sehingga pembeli memfailkan tuntutan di Tribunal Pembeli rumah misalnya.

17.) Harus diingat, maksud serahan milikan kosong di atas itu tidak sama dgn serahan kunci rumah. Di sini ramai orang konfius dan silap faham. Kalau begitu apakah perbezaan di antara serahan milikan kosong dgn serahan kunci?

18.) Serahan kunci beerti pemaju hanya menyerahkan kunci rumah sahaja kpd pembeli sedangkan serahan milikan kosong membawa maksud Pemaju menyerahkan kunci rumah bersekali dengan hak untuk mendiami rumah tersebut. Jadi, kunci rumah mungkin boleh diserah oleh pemaju kepad apembeli pada bila-bila masa dengan syarat rumah tersebut telah dipasang pintunya.

19.) Tetapi milikan kosong hanya diserahkan selepas rumah tersebut siap dibina dgn sempurna, dan setelah mendapat pengesahan daripada Arkitek yang rumah tersebut telah siap dibina dengan sempurna, disamping Pemaju atau wakil pemaju telah memohon untuk pengeluaran CFO (sekarang dipanggil CCC). Ertinya, kalau setakat serah kunci tetapi pembeli masih tak boleh nak duduk rumah tersebut kerana belum dapat CFO, maka itu bukanlah penyerahan milikan kosong sebenar sbgaimana yang disyaratkan dalam SNP.

20.) Selepas milikan kosong diserahkan kepada Pembeli, Pembeli mempunyai tempoh liabiliti kecacatan (bahasa mudahnya dipanggil tempoh warranty) selama 24 bulan. Dalam tempoh tersebut sebarang kerosakan rumah yang disebabkan oleh mutu ketukangan, atau bahan-bahan yang digunakan, atau sekiranya kerosakan disebabkan Pemaju tak ikut spesifikasi atau pelan bangunan yg telah diluluskan, maka Pembeli boleh hantar notis aduan secara bertulis kepada Pemaju memaklumkan tentang kerosakan tersebut.

Sambungan untuk Part 3 pula

Post a Comment

0 Comments