Friday, 8 January 2016

10 Fakta Emas Yang Mungkin Kita Tidak Tahu

1. Emas adalah wang, duit dan harta dari zaman purba apabila mereka mula menemui emas.

2. Emas adalah salah satu unsur kimia dengan simbol Au (Aurum).

3. Nombor atom untuk emas adalah 79.

4. Emas telah dijadikan sebagai syiling, barang kemas,
hiasan sejak zaman dahulu kala lagi apabila tamadun manusia mula pandai merekod.

5. Emas diperolehi dari kerak bumi dalam bentuk butiran, urat batuan dan mendapan aluvial.

6. Sifat fizikal emas adalah berkilat, lembut dan padat.

7. Emas berwarna kuning berkilau dan tidak teroksida walaupun didalam air (tidak berkarat)

8. Pada tahun 2008, China telah memintas Afrika Selatan sebagai pengeluar terbesar emas didunia. Ini kali pertama berlaku sejak Afrika Selatan mula mengeluarkan emas pada tahun 1905.

9. Satu gram emas boleh ditempa menjadi satu kerajang bersaiz satu meter panjang dan satu meter lebar atau 1 auns kepada 300 kaki² (3300meter persegi) ~(57m x 57m)

10. Emas sangat tumpat, 1 meter padu emas adalah seberat 19,300kg

No comments: