Sunday, 3 January 2016

2015 : Harga Emas Naik Atau Jatuh?

Tahun 2015 telahpun berlalu. Persoalannya, tahun 2015 adakah harga naik atau turun?

Jika lihat pada graf harga emas DUNIA, harga emas kelihatan jatuh. Pendek kata, siapa beli awal tahun dan jual akhir tahun, dia mengalami kerugian!

Tetapi realiti di MALAYSIA tak begitu. Awal tahun 2015, harga emas sekitar RM140 per gram. Dan pada 31 Dec yang lepas, harga emas di Malaysia menutup tirai sekitar RM160. Ia kelihatan untung.

Persoalannya kenapa?

Ia berlaku begitu disebabkan RINGGIT telahpun jatuh sekitar 35% pada tahun 2015. Ribut ekonomi dan politik yang berlaku dalam negara kita tahun 2015 menyebabkan harga emas Malaysia tidak jatuh sebagaimana harga emas dunia. Emas mempertahankan kekayaan kita dari terus susut.

Jadi bagi pendapat Amir, selain simpan duit dalam Tabung Haji / ASB yang kekal NOMBORnya, adalah bagus simpan SEBAHAGIAN duit dalam bentuk emas yang kekal NILAInya. Kalau berlaku ribut dalam ekonomi dan politik negara pun, kekayaan kita masih lagi BERTAHAN. Ia tak akan terbang dibawa angit ribut tersebut.

No comments: