5 Rahsia Pelabur Emas Yang Sentiasa Senyum

“Alamak!!!… Dah lock harga (place order) tadi, tapi harga turun lagi…. Nak buat macam mana ni???”

Antara reaksi biasanya orang yang baru PERTAMA KALI BELI EMAS. Naik dan turun tu normal. Kalau harga naik tapi tak turun-turun, itu Tak Normal. Kalau turun dan tak naik-naik tu pun Tak Normal juga. Ia cuma persoalan masa. Ada masa dia naik, ada masa dia turun. Ada masa dia naik sampai 35% setahun, ada tahun cuma naik 7% dan ada juga turun sebanyak 27% setahun. 

Tapi bagi sesiapa menyimpan emas sebagai WEALTH PROTECTION seperti Amir, biasanya mereka tak kisah harga naik turun.

Ada duit lebih, Amir beli emas. Harga naik, Amir senyum sebab nilai kekayaan meningkat. Harga turun pun Amir senyum sebab ini peluang untuk beli lagi pada harga rendah. Apa pun keadaan, jadilah pelabur emas yang sentiasa senyum yer kawan2. 

Untuk jadi pelabur yang sentiasa senyum, ini Amir kongsikan 5 rahsianya:

Rahsia #1 – Asingkan Duit Kecemasan, Simpan Emas Jangka Panjang

Sebelum beli emas, asingkan dulu duit simpan kecemasan. Terbaiknya simpan (3) bulan pendapatan. Kalau berlaku kecemasan, anda tak perlu jual emas-emas tu tapi gunakan duit kecemasan jer. Amir beli emas dengan duit lebihan untuk simpanan jangka panjang. Pendek kata, Amir memang tak pakai duit tu untuk tempoh at least setahun.

Amir tak galakkan orang beli emas dengan duit kecemasan, duit yang nak digunakan dalam masa setahun. Kalau harga emas turun mendadak boleh mengganggu tidur yang lena, maksudnya duit tu tak sesuai beli emas. Lebih baik simpan dalam Tabung Haji jer…

Rahsia #2 – Beli Emas Dengan Duit Lebihan, Bukan Pinjaman
Beli emas dengan duit lebihan, bukan duit pinjaman. Tak kiralah samada duit pinjaman bank ataupun duit family. Amir beli emas guna duit hasil bisnes sendiri, duit simpanan gaji bulanan dan duit bonus tahunan. Amir tak buat loan beli emas sebab matlamat amir, “plenty of money, peace of mind”.

“Pelaburan” pada hakikatnya ialah untuk orang yang ada duit lebih. Kalau tak ada duit lebih, lebih baik berniaga berbanding melabur. Daripada duit tu dimakan inflasi, lebih baik beli emas yang kalis inflasi. Amir memang tak galakkan orang beli emas dengan duit pinjaman KECUALI hanya itulah cara dia disiplinkan diri untuk menyimpan. Memang ramai orang yang tak boleh pegang duit, dan tak boleh menyimpan secara berdisplin. Kalau ada duit, mesti cepat habis. Daripada duit habis macam tu, mungkin buat pinjaman (bank) dan beli emas dapat bantu dia menyimpan secara berdisiplin setiap bulan.

Rahsia #3 – Beli Untuk “Wealth Protection”, Bukan Spekulasi

Amir beli emas untuk wealth protection (pelindung kekayaan). Protect duit dari ‘dicuri’ (dibelanjakan) diri sendiri, protect dari inflasi, dan paling menakutkan, protect dari keruntuhan sistem matawang! Emas adalah penyimpan nilai paling ampuh dalam sejarah manusia daripada sebarang keadaan ekonomi sepanjang zaman. Duit kertas yang kita simpan sangat berisiko. Tengoklah ketika Ringgit Malaysia merudum tahun 1997 oleh ‘penyangak’ matawang bernama George Soros. Duit Malaysia jatuh tergolek daripada RM2.50 untuk USD1, kepada RM3.80 untuk USD1. Bahkan pernah jatuh sehingga RM4.70 untuk USD1 pada 7 Januari 1998. Nilai duit kertas jatuh 52% hanya dalam tempoh yang singkat! Kalau sebelum gawat kita beli barang import RM25,000, lepas gawat kita terpaksa bayar RM38,000 untuk barang yang sama disebabkan kejatuhan nilai matawang ringgit. Terpaksa top-up RM13,000 (52%)!

Dan tengoklah apa berlaku kepada negara-negara yang huru-hara, peperangan, dan hilang kestabilan ekonomi. Apa berlaku kepada duit kertas pada zaman Jepun menjajah Tanah Melayu dulu. Siapa sanggup terima DUIT KERTAS yang dipanggil “duit pisang” lepas kekalahan Jepun? Ia cuma kertas yang hanya layak dijadikan “wallpaper” kata Sheikh Imran Hosein. Mungkin datuk dan nenek kita faham benar situasi ini. Dan siapa jamin negara kita akan sentiasa stabil sepanjang masa? Kalau ia berlaku, segala kekayaan yang kita usahakan akan kembali kepada “kosong”! (Youtube: Risiko Tak Menyimpan Emas – Sheikh Imran Hosein)

Untuk wealth protection, matlamat Amir memperbanyakkan keping (gram) emas yang Amir ada. Bukan sekadar “buy low, sell high”. Kalau tahun ni ada 50 keping dinar, tahun depan Amir akan tambahkan jadi 60 keping. Itulah cara Amir.

Rahsia #4 – Pantau Harga Bila Perlu Sahaja

Anda tak perlu pantau harga emas tiap-tiap hari, apatah lagi sejam sekali! Bila harga naik, rasa happy. Bila turun, rasa terkilan. Jangan bazirkan emosi dengan turun naik harga emas. Pantau harga emas memang boleh mengganggu emosi, dan sungguh memenatkan. Nasihat Amir, lepas beli, tak payah tengok dah harga. Cek harga emas hanya bila (1) nak jual, atau (2) nak beli lagi. Itu jer. Kalau nak compare harga, compare dengan harga setahun dari tarikh anda beli, bukan compare tiap-tiap hari. Jangan bazirkan emosi.

Rahsia #5 – Melabur Sambil Berniaga Emas
Bagi sesiapa beli emas Public Gold RM30,000 dalam satu resit, anda layak jadi dealer secara automatik mengikut promosi tahun lepas. Amir jadi dealer sebab beli emas, bukan beli emas sebab nak jadi dealer (untuk berniaga emas). Tapi alang-alang jadi dealer, Amir ambil tanggungjawab untuk pandaikan orang ramai tentang emas melalui BLOG dan FACEBOOK. Amir perhati, ramai orang buat kesilapan yang tak sepatutnya dalam pelaburan emas sebab (1) melabur tanpa ilmu, ataupun (2) ‘termakan’ kata-kata penjual emas yang tak bertanggungjawab. Sebagai orang yang Allah bagi ilmu tentang emas, amir perlu bantu orang ramai melabur dalam emas cara yang tepat, selamat dan menguntungkan, insyaAllah.

Bisnes emas ni boleh buat secara sambilan jer. Orang lain buka facebook untuk cek status (wall post) orang lain, kita juga guna facebook, tapi untuk bagi tips-tips mudah tentang emas. Orang lain spent masa tengok TV, kita tukarkan masa TV untuk terus belajar dan berkongsi ilmu tentang emas dan kewangan. Tapi bila orang lain risau turun naik harga emas, insyaAllah, kita sentiasa senyum sepanjang masa. Harga emas naik, kita senyum sebab kekayaan meningkat. Harga emas turun, kita senyum sebab komisyen melambung hasil membantu orang lain membeli emas pada harga rendah. Dan apa kata gunakan duit komisyen untuk beli emas lagi, insyaAllah. Apapun keadaan harga emas, penyimpan sambil berniaga emas sentiasa berada pada posisi “senyum dan happy”, insyaAllah…

Itulah lima (5) rahsia untuk jadi pelabur emas yang sentiasa senyum dan happy. Kalau anda masih risau turun naik harga emas, mungkin boleh semak balik 5 tips ni. Mudah-mudahan anda juga jadi pelabur emas yang sentiasa senyum, insyaAllah.

Post a Comment

0 Comments