Thursday, 14 January 2016

5 Soalan Berkaitan Emas

Amir cuba kongsikan beberapa soalan yang mungkin anda tidak terpikir tentang emas ini sebenarnya selain ia adalah logam dan berwarna kuning. Hehe

Apakah kegunaan terbesar emas?
Dalam turutan permintaan :
1. Barang kemas (69%)
2. Pelabburan (19%)
3. Perindustrian (12%)


Apakah itu auns troy?
Emas diukur dengan auns troy, yang berbeza dengan auns avoirdupois (unit yang biasa digunakan). 1 auns troy ialah 10% lebih berat dari auns avoirdupois dan secara tepatnya ialah 31.1gram atau 480 grain. Beberapa buku sejarah mengatakan bahawa ia mendapat nama sempena perayaan Troyes di Champaign, Perancis iaitu pusat perdagangan yang terpenting pada abad ke 15.

Boleh kah emas dileburkan?
Ia boleh dileburkan dengan suhu 1,064 centigrade. Jangan anda cuba buat dirumah yer, takut terbakar plak rumah anda.

Siapakah yang mula2 mencipta syiling emas?
Maharaja Lydia, Croesus (kawasan yang terletak di barat Turki) adalah orang pertama yang menerbitkan syiling emas pada tahun 560S sebelum masihi. Apa yang istimewa mengenai syiling2 ini ialah sama berat dan nilainya antara satu asma lain dan ia oboleh digunakan sebagai mata wang ketika itu.

Apakah itu karat?
Ini bukan besi karat yer. Ini adalah kiraan yang digunakan pada emas untuk menentukan ketulenan sesuatu product emas. Emas tulen adalah 24 karat. 
Angka yang lebih rendah menunjukkan kandungan emas bercampur dengan aloi lain. 

Sebagai contoh : 
18 karat bermaksud 18/24 daripada 100% emas bersamaan 75% emas tulen yang dicampurkan dengan aloi lain seperti perak, tembaga, zink atau paladium. 
Tujuan utama menambahkan logam lain ialah untuk menguatkan produk itu seperti barang kemas.


No comments: