Tuesday, 5 January 2016

Bayar Hutang Sebelum Melabur


Soalan : 
Bayar hutang dahulu atau laburkan dahulu baru bayar hutang?

Jawapan :
Kaedah yang bijak ialah laburkan dahulu. Dapat untung baru bayar hutang. Tapi dalam kebanyakkan kes, duit itu LEBUR dahulu sebelum sempat bayar hutang. Hutang tak berbayar, duit pun habis. Yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran.

Kalau betul memang bijak melabur, sepatutnya kita tak akan menanggung hutang-hutang negatif begitu.

Kesimpulannya, bagi Amir sendiri adalah bayarlah hutang terlebih dahulu sebelum duit itu LEBUR dalam pelaburan.

No comments: