Kedudukan Emas Dalam Kewangan

Emas bukanlah segala-galanya. Emas hanyalah satu dari alat-alat kewangan.

Peranan emas lebih kepada PENYIMPAN NILAI. Ia pelindung kekayaan. Kalau nak dikelaskan, ia boleh dikelaskan sebagain SIMPANAN, bukan PELABURAN dalam erti kata sebenar. Ia tak membuatkan kekayaan kita BERKEMBANG, tetapi ia MENGEKALKAN kekayaan kita walauapapun situasi EKONOMI & POLITIK.

Selepas cukupkan simpanan 3 - 6 bulan pendapatan dalam bentuk tunai i.e Tabung Haji / ASB, emas boleh dijadikan simpanan tambahan. Duit Tabung Haji/ ASB itu terjamin dari sudut NOMBORnya, tetapi simpanan EMAS terjamin dari sudut NILAINYA dalam jangka panjang walaupun berlaku RIBUT pada ekonomi dan politik negara.

Pakar kewangan Tuan Azizi Ali mencadangkan 10%-30% kekayaan kita disimpan dalam bentuk emas pada setiap masa. Duit selebihnya, laburlah ditempat lain yang kita mempunyai ilmu tentangnya untuk tujuan KEMBANGKAN kekayaan.

Jadi kaya tu penting, tapi yang lebih penting ialah tak jadi miskin bak kata Tuan Azizi Ali.

Post a Comment

0 Comments