Beli Emas Public Gold Secara Online

Alhamdulillah, dengan kemudahan online sekarang ini, beli emas Public Gold pun semudah beli barangan online yang lain. Walaupun tak jumpa dealer PG sekalipun, anda boleh place order sendiri secara online (dibuka 24 jam sehari), selesaikan bayaran, dan collect emas pada bila-bila masa dalam tempoh 2 bulan di pejabat Public Gold terdekat.

Tapi kalau nak urusan lebih mudah, contact Amir (012.237.2641) atau mana-mana dealer Public Gold yang anda percaya. Bagi segala maklumat yang diperlukan iaitu (1) nama penuh, (2) no. i/c, (3) no. telefon, (4) email, dan (5) item yang nak dibeli, dan (6) tinggal / kerja area mana untuk kenalpasti cawangan Public Gold terdekat dengan anda. Nanti selesaikan bayaran ke terus akaun Public Gold dan ambil emas terus dari pejabat Public Gold terdekat.

Kalau tak dapat contact dealer untuk lock harga masa harga emas tengah ‘cantik’, follow steps di bawah ni. 

4 Langkah Membeli Emas Public Gold

Langkah #1 : Register di Website Public Gold
Langkah #2 : Lock Harga (Place Order)
Langkah #3 : Buat Bayaran
Langkah #4 : Ambil Emas

Langkah #1 : Register di Website Public Gold
Skrin #1: Pergi ke web www.publicgold.com.my, dan klik “Login”.

Skrin #2: Klik butang “Register”.

Skrin #3 : Klik Butang "OK"

Skrin #4: Masukkan maklumat peribadi. Letakkan maklumat dealer sebagai introducer anda. Ini penting sebab dealer tu nanti akan bantu anda follow-up dengan Public Gold bila diperlukan. Kalau nak saya jadi introducer anda, letakkan kod “PG00058738“, dan tekan “Check Introducer”. Pastikan keluar nama “Muhammad Amir Bin Marzhuki“. Peringatan penting, “Introducer” tak boleh ditukar kalau dah register nanti. Jadi, lebih baik anda kenal pasti betul-betul dealer mana yang boleh membimbing anda dengan betul dan penuh bertanggungjawab sebelum letak nama Introducer.

Skrin #5: Sekarang ni proses “Registration” dan selesai. Buka balik website www.publicgold.com.my dan klik “Login”.

Langkah #2 : Lock Harga (Place Order)
Skrin #6: Masukkan nombor I/C sebagai “Temporary Username” dan “Password” sebagaimana anda set di Skrin #3. Lepas buat belian pertama nanti, Public Gold akan emailkan username baru yang dipanggil “PG Code”, dan “Temporary Username” tak lagi valid.


Skrin #7: Klik “Order”, dan “Place Order”.


Skrin #8: Pilih “Branch” paling dekat (untuk ambil emas tu nanti) dahulu. Lepas tu baru masukkan jumlah “Quantity” emas yang nak dibeli. Jangan masukkan “Quantity” sebelum pilih “Branch”. “Storage Service” tu abaikan sahaja.


Skrin #9: Tick “Myself” bagi order untuk diri sendiri. “Payment to Bank Option” – pembayaran boleh buat dari mana-mana akaun bank (e.g. CIMB), asalkan masuk ke akaun Public Gold (Maybank / Public Bank). Dan terus klik “Next”. Abaikan yang lain.

Skrin #10: Semak segala maklumat. Pastikan semua maklumat betul sebab kalau berlaku kesilapan, proses pembetulan dengan pihak Public Gold mungkin agak menyulitkan. Kalau nak ubah maklumat, klik “Step 1” atau “Step 2” pada bahagian atas sekali. Kalau semua dah ok, baru klik “Submit Order”. Proses lock harga selesai

Langkah #3 : Buat Bayaran

Langkah #3.1: Tunggu Proforma Invoice (PI)
Lepas klik “Submit Order” di Skrin #9, sistem web Public Gold akan emailkan Proforma Invoice (PI) on-the-spot. Kalau tak terima, cuba semak dalam SPAMBOX. Anda dah boleh buat bayaran terus berdasarkan Proforma Invoice sebagaimana contoh di bawah. Kalau berlaku kesilapan dalam Proforma Invoice tu, bagi tahu dealer untuk minta Public Gold buat pembetulan.
Contoh Proforma Invoice: Maklumat terpenting ialah No. Order dan PG Code (no. pendaftaran kita dengan PG) untuk rujukan.

Langkah #3.2: Buat Bayaran & Simpan Slip Bayaran

Buat bayaran ke akaun Public Gold (Maybank atau Public Bank) dalam masa selewatnya 4 hari. Simpan bank-in slip/ online transfer slip / bukti bayaran ORIGINAL baik-baik untuk diserahkan masa ambil emas tu nanti. Public Gold tak akan benarkan barang diambil tanpa bukti bayaran original.



Contoh Slip Bayaran Online: Saya prefer buat pembayaran melalui Maybank2u (limit harian boleh dinaikkan sehingga RM30,000 sehari), ataupun bank-in di kaunter kalau amaun melebihi RM30,000.

Peringatan penting, JANGAN buat bayaran melalui Cash Deposit Machine! Ia sangat berisiko sebab kalau tiba-tiba Cash Deposit Machine (1) error masa anda sedang masukkan duit, atapun (2) tak dapat keluarkan resit, anda tak ada bukti yang anda telahpun buat bayaran!

Langkah #3.3: Hantar / Emailkan Slip Bayaran

Emailkan bukti bayaran kepada payment@publicgold.com.my bersama dengan No. Order dan PG Code anda untuk mereka sahkan bayaran. Kalau bayaran tak diterima dalam tempoh yang ditetapkan (10 hari), Public Gold akan batalkan order dan kenakan penalti 5% ataupun nama di blacklist.

Langkah #4 : Ambil Emas

Lepas bayar dan emailkan slip bayaran, terus telefon office Public Gold terdekat, tanya mereka bila stok itu boleh diambil. Kalau stok belum ready, minta mereka telefon semula bila stok dari HQ dah sampai. Jangan lupa, ambil nama staff Public Gold tu supaya senang nak follow-up nanti.

Emas tu boleh diambil pada bila-bila masa dalam tempoh 2 bulan. Lepas tempoh 2 bulan, Public Gold akan kenakan upah simpanan 1% setahun.


Bila nak datang ambil, jangan lupa bawa sekali (1) Bukti bayaran original, dan (2) Salinan Proforma Invoice. Sebelum datang, call dulu office Public Gold supaya mereka boleh proses awal-awal. Tak perlu menunggu lama-lama di office Public Gold untuk ambil emas tu.

Penting: Call dulu sebelum datang sebab kadang-kadang orang ramai dan stok tak dapat ambik lagi.

Anda boleh cek no. telefon terkini semua cawangan Public Gold seluruh Malaysia di website Public Gold (www.publicgold.com.my), bahagian “Contact Us > Branch Details“. Dan kalau ada apa sahaja masalah, boleh mintak bantuan Introducer (Dealer) anda. InsyaAllah, dia akan bantu.

Itu sahaja 4 langkah lock dan beli emas Public Gold tanpa menunggu Dealer. Moga kita semua kaya dan berjaya dalam pelaburan emas, insyaAllah.

Post a Comment

0 Comments