Friday, 26 February 2016

Tips Menapis Penyewa Rumah

Kerisauan kepada tuan rumah adalah ingin memilih penyewa yang baik dari segi membayar sewa rumah dan juga menjaga rumah kita itu. Amir kongsikan tips ini yang dishare oleh Abang Ensem untuk pembaca2 blog ni.
Apa dan bagaimanakah 'tools' tersebut yang boleh digunakan?

1. Capacity (Kemampuan)
Seperti kebanyakan 'landlord' lain, kemampuan ini biasanya dikira dari jumlah gaji bakal penyewa dan slip gaji prospek pasti akan menjadi sumbernya.

2. Character (Karakter)
Kita boleh menilai berdasarkan budi bahasa yang ditunjukkan bakal penyewa. Sikap hormat beserta perawakan menarik menjadi keutamaan. Sebagai tambahan, 'contact no' tuan rumah sebelumnya mungkin boleh dijadikan 'reference' sebagai pembantu.

3. Capital (Modal)
Ianya bergantung 100% kepada keupayaan bakal penyewa menyediakan deposit. Tanpa 'banyak bunyi' bila amaun deposit diminta (termasuk depositi utiliti), pasti itulah pilihan penyewa yang kita dambakan.

4. Collateral (Sekuriti)
Ramai yang biasanya terlepas pandang kepentingan 'Tenancy Agreement' yang dimatikan setem. Inilah sekuriti kita sebagai 'landlord' dan pastinya bakal penyewa yang merelakan dirinya diikat akan turut menjadi pilihan kita.

5. Condition (Keadaan)
Terdapat 2 faktor yang akan kita ambil kira yakni,

* Mikro (Dalaman)
Faktor berkaitan diri bakal penyewa terutama yang berkaitan dengan gaya hidupnya. Pastinya pilihan kita adalah mereka yang bergaji besar tetapi memakai Perodua Myvi daripada mereka yang memakai kereta Honda CRV (bukan kenderaan syarikat) pada tangga gaji yang sama kerna pada kita, mereka inilah yang individu yang memahami akan maksud barangan 'keperluan' dan 'kemahuan'.

* Makro (Luaran)
Pastinya industri kerjaya mereka menjadi perhatian kita. Adakah industri pekerjaan mereka 'fragile' atau pun 'kalis' kepada persekitaran ekonomi semasa berdasarkan penilaian kita.

Moga penerangan ini mampu mencerahkan anda yang membacanya dan pastikan ianya dikongsi bersama lingkungan rakan-rakan anda.

No comments: