Monday, 7 March 2016

Bagaimana Scammers Melarikan Diri?

Coretan ini Amir kongsikan dengan pembaca dari hasil tinjauan Tuan Azizi Ali

1. Saya pernah berkongsi taktik yang digunakan oleh badut2 scammers untuk memerangkap mangsa ke dalam scam mereka (sila baca post bertarikh 26 Okt dan 19 Dis 2015).

2. Kini saya terperasan taktik baru yang digunakan oleh badut2 scammers untuk menyelamatkan diri mereka apabila scam itu berkubur.

3. Langkah pertama yang mereka lakukan ialah untuk menyembunyikan sebahagian besar wang yang dikutip daripada mangsa2 mereka e.g. RM10 juta. Wang ini sudah tentu disimpan ditempat yang selamat dan tersembunyi (mungkin bank offshore).

4. Taktik lama ialah untuk PIHAK PENGURUSAN SENDIRI yang membuat repot kepada polis dan/atau BNM tentang scam tersebut! Apabila polis dan/atau BNM menyerbu, sudah tentu scam itu akan tumbang. Kemudian pihak pengurusan akan membuat kenyataan kepada ahli2 yang mereka tidak dapat bayar dividen/hibah/saraan kerana akaun bank sudah difreezekan oleh BNM. Jadi pihak pengurusan pun selamatlah. Tak kena belasah oleh mangsa2 yang tengah marah tu.

5. Taktik baru dan terkini ialah untuk menukar nama scam, menukar ciri2 pelaburan dan cara pembayaran. Kemudian pihak pengurusan buat kenyataan kepada ahli2 yang oleh kerana angkara sabotaj oleh pihak2 tertentu, maka ianya akan mengambil masa sedikit sebelum dividen/hibah/saran dibayar. Jadi ahli2 perlu bersabar – bukan lama, 2 tahun saja. By the way, inilah taktik yang digunakan oleh scam UFun/Unascos. Mereka tahu yang tahap kemarahan ahli2 akan reda kerana peredaran masa. Jadi pihak pengurusan pun selamatlah kerana mangsa2 menerima fakta yang mereka telah ditipu dan wang itu tak akan kembali lagi.

6. Taktik kedua ialah untuk menarik diri sebagai pengurusi atau MD syarikat atas sebab2 kesihatan. Inilah taktik yang digunakan oleh pengurusi scam HighwayGroup Resources (HGR). (Orang Melayu kalau dengar orang tu sakit, dia akan cepat maafkan semua kesilapan orang tersebut.) Jadi selamatlah si Awi tu.

7. Taktik ketiga ialah untuk membuat repot kepada polis atas sebab2 keselamatan diri dan keluarga. Inilah taktik yang digunakan oleh pengurus kumpulan scam HGR. Sebab polis sudah tahu kesnya, kebanyakan mangsa2 tak akan berani datang ke rumah bertanya tentang dividen/hibah/saran mereka. Jadi pengurus kumpulan itu pun selamatlah juga!

8. APA YANG TAK SELAMAT IALAH WANG MANGSA!

No comments: