Pembiayaan Islamik menindas?

Pembiayaan Islamik menindas? Selling price tak masuk Akal? Kenakan profit yang tinggi? Jom kita buktikan 'penindasan' tersebut.

Ketidakfahaman orang ramai ke atas pembiayaan Islamik akan terus meletakkan persepsi negative ke atas institusi perbankan islamik itu sendiri. Selling Price yang diletakkan oleh bank sering dikecam. Di cop sebagai kejam. Jom kita kira kekejaman mereka.

🔘RAJAH 1: contoh Formula bank meletakkan selling price bagi satu asset 10.75% yang dijual berasaskan modal RM200K. Ini bermakna selling price asset tersebut adalah RM770,704 . Nett profit jualan tersebut adalah RM570,704 tetapi diberi kemudahan untuk membayar dalam tempoh 35 tahun. Nampak kejam kan? TERUSKAN BACA👇

🔘RAJAH 2: untuk menghasilkan nett profit RM570,704 tersebut, sebenarnya average annual profit bank cuma 3.93% setahun dari capital asal RM200,000. bermakna jika bank letak pada Fix Deposit pon boleh create keuntungan yang sama RM570,704 tersebut dalam tempoh 35 tahun tersebut. Kejamkah bank dengan average profit setahun 3.93%?

🔘RAJAH 3 : dalam Islamic Financing meletakkan Ibra'(Rebat) sebagai satu yang diwajibkan dalam guideline BNM . Ibra' dilakukan setiap bulan ke atas perbezaan selling price dengan effective rate. Effective rate sekarang 4.6% , Ibra' mungkin berkurang atau meningkat bergantung kepada kos berasaskan IBR. Berasaskan kiraan effective rate 4.6%, Ini bermakna keuntungan bersih bank sepanjang 35 tahun cuma RM202,754 berasaskan kos yang bank keluarkan atas modal asset RM200,000. Bermakna keuntungan 100% dalam tempoh 35 tahun. Kejamkah perbankan Islamik? termenung nak kira rules 72.

🔘RAJAH 4 : dengan modal RM200K , untuk bank mendapatkan nett profit RM202,754 tersebut seperti Rajah 3 di atas, average profit bank setahun cuma 2.02%. keuntungan cuma 2.02%? Kalau nak tau ini tidak ditolak lagi dengan kos bayar profit pendeposit dan lain-lain kos seperti gaji staff dan sebagainya . Kejamkah perbankan Islamik?

🔘RAJAH 5 : kalau kita ada cash 200K, letakkan dalam ASB dengan average profit setahun 8%, dalam tempoh 35 tahun, keuntungan bersih tidaklah banyak, cuma RM2,757,068✔. Jangan risau!! tiada siapa akan cakap kita kejam dan menindas . Bank yang cuma profit RM202,754 dalam tempoh 35 tahun tu jer yang menindas. Hmm. kan. Satu lagi , kalau lepas 35 tahun value Rumah kita naik 10 Kali ganda, jangan risau, orang akan cakap kita bijak melabur, mereka takkan kata kita kejam. Yang kekal dikata kejam Cuma bank Islamik yang tolong belikan dulu untuk kita yang tiada duit cash ni 35 tahun lepas. ‪#‎Sarcasm‬

Nampak seperti kiraannya lebih kurang sama dengan perbankan konvensional kan, perbankan konvensional sebenarnya tidaklah kejam tetapi tersesat jalan hingga menjurus kepada urusan Riba'. Perbankan Islamik muncul untuk mengembalikan fitrahnya, bukan menghalalkan Riba'.
Tolong share kepada kawan-kawan semua, minta mereka baca 5 kali untuk fahamkan betul-betul bahawa perbankan Islamik membantu, bukan menindas.

‪#‎MartabatPerbankanIslamik‬
-KEY-

Post a Comment

0 Comments