Tuesday, 15 March 2016

Tiada Kejayaan Percuma

Amir sedar akan nilai sesebuah kejayaan hasil dari wang yang dilaburkan apabila menghadiri seminar2 yang berbayar ini. Malah melabur juga ke dalam bahan ilmiah kerana rasa pentingnya ada bahan rujukan dalam sesuatu bidang.

Masa Amir kerja makan gaji dulu, syarikat habiskan puluhan ribu ringgit menghantar Amir ke kelas dan course2 tertentu bagi meningkatkan kemahiran bekerja. Tetapi ilmu itu tidak digunakan sepenuhnya kerana Amir sendiri mengambil peluang tersebut untuk beristirehat sahaja sebab semuanya dibayar oleh company dari hotel ke tiket flight.

Apabila mula bekerja sendiri, semua belanjawan perlu dikeluarkan dari poket sendiri sehinggakan kelas rm30 pun berkira2 juga berbanding semasa kerja dahulu yang ada course sehingga rm3k (tidak termsk makan & penginapan). Dari situ, Amir mula menghargai setiap kelas atau course yang Amir hadir dan simpan semua materialnya sebagai rujukan masa depan.

Benda ini sama juga dengan apa yang dikongsikan oleh Mentor Amir, En Zul apabila kita diberi benda yang percuma, kejayaan seseorang itu tidak sampai ke mana samada pengisian kelas/course itu berkualiti rendah ataupun orang yang menerimanya tidak menghargai kualiti tersebut.

Jadi untuk berjaya, jangan tunggu ilmu dan kursus percuma. Amir pun belum pernah jumpa orang berjaya dengan percuma. Semua orang berjaya MEMBAYAR HARGA YANG MAHAL untuk berjaya. Kejayaan tak datang kepada mereka yang mempunyai MENTALITI SUBSIDI.

No comments: