1 Bahagian Korban

Ziyad lihat kepala lembu yang sudah menjadi korban
Nilai 1 bahagian korban di kawasan bandar antara RM600 sehingga RM800. Kalau di negara Palestin, nilainya mencecah RM1,200 kerana sukarnya mendapatkan lembu atau kambing untuk dikorbankan atas sekatan dari rejim Zionis. Malah ada juga nilai korban dalam RM300 sahaja tapi ia akan dilakukan di negara luar. Yang ini, Amir tahu dari company EZQurban yang kerap keluar kat radio IKIM.

Ibadah Korban yang dianjurkan oleh EzQurban
Korban ini adalah satu ibadat sunat yang sangat dituntut apabila kita berkemampuan menunaikannya. Rata-rata kalau bergaji RM2,000 ke atas, sebenarnya boleh juga buat korban apabila kena caranya.

Yer la kan, kalau nak keluarkan sekaligus untuk 1 bahagian memang nampak besar. Tapi kalau dibahagikan dengan 10 bulan, nilainya nampak kecil. Masa Amir mula2 kerja, ada sorang staff nama panggilan dia Abg Mok yang promote skim bayaran ansuran untuk ambil bahagian dalam ibadah korban.

Bagusnya Abg Mok ni ialah dia akan approach sesiapa sahaja di setiap department dengan menawarkan servis ni. Dengan sifat peramah beliau, Amir pun dapat join beberapa tahun dengan beliau. Bayaran pun tak sampai RM50 sebulan. Kadang2 Amir bayar untuk 2 bulan terus sebab kesian tengok Abg Mok ni datang kat setiap cubicle untuk kutip duit korban ni.

Dan biasanya orang yang sibuk, jarang ada di tempat mereka. Jadi, terpaksa beliau datang kemudian walaupun dah set appointment. Sungguh mulia usaha Abg Mok ni. Disebabkan beliau juga, Amir mula kenal pentingnya ibadah korban ini.

Pada yang terlepas peluang untuk ibadah korban kali ini, apakata kita buat tabung korban plak untuk tahun depan. Mana la tau kalau umur kita tak panjang, at least kita ada usaha nak buat juga ibadah korban tu kan? 😉

Post a Comment

0 Comments