5 Ciri-ciri Skim Cepat Kaya

5 Ciri-ciri Skim Cepat Kaya

Minggu lepas, ada lagi 1 skim pelaburan emas yang boleh dapat income mingguan. Ia sudah makin popular selepas tahun 2014 adalah tahun yang malang buat pelabur yang ingin kaya cepat. Salah satunya adalah Tok Belagak yang berjaya melarikan duit sehingga rm40 juta. Adik Amir sendiri menjadi mangsanya, akibat pengaruh kawan2 yang ingin mencari wang dengan cepat dan mudah.


Skim terbaru ni adalah Wadiah Trading yang berkonsepkan sama dengan pelaburan emas yang mencurigakan. Ye lah, dividen yang diberi adalah mingguan dengan hanya bergoyang kaki. Keuntungannya pula lebih 70% dalam tempoh setahun! Walaupun hakikatnya, skim ini baru jer beroperasi pada Nov 2014.


Secara jujurnya, bila Amir dengar boleh dapat keuntungan yang tak masuk akal tu pun, Amir dah geleng kepala siap2 kerana tawaran tersebut sangat lumayan. Jika anda buat bisnes untung sebanyak 200% setahun tu biasa sahaja sebab bisnes Amir yang satu lagi memang memberikan hasil berkali2 ganda dari itu, tetapi kalau “pelaburan” untung lebih dari 30% sebulan itu bagi Amir adalah luar biasa. 


Ciri-Ciri Skim Cepat Kaya

Secara jujurnya, Amir tak pasti samada skim-skim begitu pelaburan adalah tulen atau tak. Tapi berdasarkan ciri-ciri yang Amir perhatikan dan dapat Amir buat kesimpulan, ia adalah Money Game atau Skim Cepat Kaya sebab faktor berikut (Hasil dari penulisan beberapa buah buku mengenai pelaburan):

#1 – Keuntungan Tak Masuk Akal

5 Ciri-ciri Skim Cepat Kaya
Keuntungan Tak Masuk Akal

Syarikat menjanjikan keuntungan 20% – 30% sebulan (kalo setahun lebih dari 100%) atas sebab mereka mahir buat pelaburan dan mempunyai ramai pakar yang berpengalaman. Pesan Azizi Ali (Pakar Kewangan berpengalaman), “Pelabur-pelabur world class seperti Warren Buffett dan George Soros pun ‘hanya’ memberi pulangan 20-34% setahun! Adakah masuk akal orang yang tidak pernah dikenali dapat memberikan pulangan yang sebegitu tinggi (melebihi 40% setahun)?”.

#2 – Terma yang boleh berubah-ubah
Terma boleh berubah-ubah

Kaedah ini begitu mula popular di dalam Skim Cepat Kaya yang lain dikenali sebagai skim “delay”, kemudian berubah-ubah dan pelbagai program ditawarkan tapi urusniaganya hampir sama. Letak duit, dapat income bulan-bulan. 

#3 – Produk Bukan Subjek Penting
5 Ciri-ciri Skim Cepat Kaya
Produk bukan subjek utama

Emas tak penting, harga emas semasa tak penting, tapi yang penting ialah letak duit dan dapat income bulan-bulan. Bahkan syarikat letak harga terlalu tinggi atau terlalu rendah yang tak masuk akal pun orang tak kisah sebab kebanyakkannya tak ada “penyerahan fizikal”. Keuntungan yang dijanjikan tak ada kena mengena dengan turun naik harga emas. Harga emas naik atau turun, semuanya untung. Pendek kata, confirm untung. Bahkan pembeli emas tak kisah pun tentang emas tu. Yang penting, dapat income bulan-bulan.

#4 – Punca Keuntungan Agak Kabur
5 Ciri-ciri Skim Cepat Kaya
Sumber Keuntungan Yang Kabur

Boleh dikatakan hampir kesemua penganjur akan mengelak untuk jawab mana datang keuntungan yang luar biasa tu. Kalau jawab pun, jawapan tu sangat kabur. Persoalan asas ialah mana datang keuntungan luar biasa tu? 

Jawapan biasa, emas tu diniagakan. Niaga yang macam mana yang boleh bagi untung berlipat kali ganda tu? Jawapan untuk persoalan ini biasanya berbelit-belit. Kalau kita labur mana-mana tempat yang betul, “fund manager” biasanya akan terangkan sejelas-jelasnya mana datang keuntungan mereka. Macam mana operasi perniagaan mereka, strategi dan prospek bisnes mereka, ada prospektus, ada statistik, ada laporan kewangan dsb. Tapi skim begitu terlalu kabur. Orang yang join tu pun tak kisah. Janji masyuuk jer.

#5 – Kaedah Marketing Terlalu “Fishy”
Marketing berbau Fishy


Secara jujur Amir katakan bahawa kalau marketing pelaburan itu hanya menunjukkan duit berlambak-lambak, duit ribu2 dalam akaun bank, tunjuk kereta mewah dengan posing disebelah, itu adalah cara skim cepat miskin bergerak. 

Cuba kita lihat guru-guru bisnes, guru kewangan dan guru pelaburan sebenar, ada tak mereka tunjukkan harta mereka? Cuba perhati guru-guru seperti Robert Kiyosaki (Kewangan), Azizi Ali (Kewangan), Irfan Khairi (Bisnes Internet), Dr. Shah Razali (Hartanah), Tuan Faizul Ridzuan (Hartanah) dan lain-lain, pernah tak mereka “jual” produk mereka dengan tunjuk harta mereka? Tak pernah, tapi orang ramai tetap cari mereka sebab NILAI diri mereka yang sebenar.

Jadi bagi Amir, kalau orang yang terlalu show-off (menunjuk-nunjuk), mereka bukan kaya sebenarnya. Kekayaan yang dia pamerkan tu cuma “umpan” untuk tangkap pelabur. Kaya yang mereka tunjukkan tu biasanya palsu, ataupun kaya dengan duit orang!

Money Game Bertopeng Emas?


Pelabur Emas rugi RM 411 Juta

Amir boleh buat kesimpulan, skim-skim begitu hanyalah money game i.e. skim cepat kaya atau permainan duit. Penganjur sebenarnya nak guna duit kita dan emas kita untuk rolling bisnes ‘rahsia’ mereka. Kalau betul-betul jujur, jual emas tu pada harga pasaran. Emas tu kita simpan sendiri. Lepas tu penganjur yang baik hati tu bagi income bulan-bulan selama setahun. Ada tak pengajur berani buat macam tu? Jawapannya tak ada. Mana mereka nak cari duit untuk bayar income bulan-bulan?

Kalau tengok kes-kes lama, skim-skim macam tu memang ‘proven’ bayar income bulan-bulan supaya dapat kepercayaan orang ramai, tapi akhir sekali akan lingkup dan duit-duit pelabur akan lebur kesemuanya bila (1) penganjur lari, atau (2) diserbu oleh Bank Negara (BNM). Kenapa BNM tak serbu jer mereka ini? Sebab penganjur skim dah belajar dari kes sebelum ni. Urusniaga tak dibuat atas nama satu syarikat, tapi dibuat guna nama banyak syarikat. Setiap ejen ada syarikat “Sdn. Bhd” mereka. Syarikat “Sdn. Bhd” ialah syarikat yang liabilitinya terhad. Kalau syarikat kena beku, ianya tak menjejaskan ASET PERIBADI penganjur. Pelabur semua akan lingkup, tapi penganjur tetap kaya raya. Sedih2

Pelaburan Emas Sebenar?

Dari apa yang Amir sendiri baca dan hadir ke kelas pelaburan, Pelaburan Emas yang sebenarnya ialah beli dan simpan emas SENDIRI, tak ada income bulan-bulan. 

Bunyi seperti tidak menarik bukan?

Itulah hakikatnya kerana untung pelaburan emas secara asasnya bergantung naik turun harga emas. Buy low, sell high. Itu sahaja. Memang lambat kaya, tapi itu cara paling selamat sebab apa pun berlaku dalam dunia ni, emas tu masih ditangan kita.


Amir Marzhuki
No HP : 012-2372641

Post a Comment

3 Comments

ajuyarashid said…
Saya beli dan simpan emas sendiri.. ;)
Amir Marzhuki said…
Itu cara yang terbaik & dijamin selamat. :)
S.K. said…
Setuju , beli dan simpan sendiri :)
Bw sini .
http://stnrsyfh.blogspot.com/