Emas sebagai Mas Kahwin atau Hantaran Kahwin

Amir perhatikan sekarang ni dah jadi trend orang yang ingin bernikah akan meletakkan mas kahwin Dan juga hantaran kahwin mereka dengan emas (kebiasannya adalah Dinar Emas).

Pemberian mas kahwin oleh suami kepada si isteri melambangkan kesungguhan suami terhadap isteri, juga melambangkan kasih sayang dan kesediaan suami hidup bersama isteri serta sanggup berkorban demi kesejahteraan rumah tangga dan keluarga.


Salah seorang artis popular yang menggunakan dinar emas sebagai mas kahwin ialah M.Nasir ketika berkahwin dengan Marlia Musa. Mas kawin yang beliau gunakan adalah 13 keping dinar emas bernilai RM2,000 (nilai ketika itu) menjadi bukti penyatuan kedua-dua mereka. Menurut M.Nasir, dia memilih dinar emas kerana "ingin kembali kepada tradisi islam”. Jika diikutkan dengan nilai emas pada hari ini,13 keping dinar emas tersebut sudah bernilai hampir RM9,000. Nilai tersebut sudah MENINGKAT sehingga 350%.


Sekarang ini pun kita tahu yang setiap tahun nilai hantaran kahwin telah meningkat selari dengan SUSUTNYA NILAI WANG KERTAS. Yang menjadi kebiasaan sekarang ini, nilai duit hantaran BERGANTUNG KEPADA LULUSAN PELAJARAN bakal isteri. Diploma sekarang pun kurang-kurang paling rendah nilainya adalah RM8,000, itu belum yang berkelulusan Ijazah Sarjana Muda dan yang atas-atas lagi.


Atas kesedaran orang ramai tentang nilai emas, ramai yang sudah mula menggunakan Emas sebagai Mas Kahwin dan juga Hantaran Kahwin sebab ia adalah cantik, bernilai dan tidak susut nilai seperti wang kertas. Apa2 pun, ia terpulang kepada masing2 untuk membuat pilihan yang terbaik untuk pasangan masing2.

Amir Marzhuki
Bandar Baru Bangi
Dealer Public Gold
PG00058738
h/p : 012-2372641

Post a Comment

1 Comments

Syida said…
best ni....nak mintak sekarang dah kawin plak..mintak hadiah bday la pulak...hihihi