Apa khabar Mymi1?

Dah lama x menulis di blog ni sebab busy dengan bisnes. Amir nak nak share latest update dari group Ponzi Scheme Alert mengenai Mymi1.

Kawan2, boleh buat penilaian sendiri apabila company suka hati menukar SOP mereka tanpa mendapatkan consent dari ahli2 mereka. Masih ingat 5 ciri2 skim cepat kaya? Amir ada tulis DISINI.



Post ni diambil dari group Ponzi DISINI.

Berita baru masuk:
==========================

Sekali lagi MYMI1 tidak menepati janji dan menukar SOP secara tergesa-gesa tanpa mengambil kira kesan kepada ahli -ahli.

Setelah 2 hari menunggu untuk menukar TC/CP kepada tunai sebagaimana janji asal ialah 16.10.2016, kemudian di tangguh kepada 18.10.2016, akhirnya malam ini sekali lagi MYMI1 tanpa ragu-ragu membuat pusingan U untuk mendera ahli. Dengan memaksa tukaran TC/CP kepada unit saham, bermakna semua ahli telah dinafikan untuk mendapat TUNAI.

2. Sejak Ogos 2016, proses tukaran TC/CP kepada tunai dinafikan, berbagai alasan diberi dan semuanya menampakan MYMI1 tidak menepati prosedur yang syarikat tetapkan sendiri. Bulan Ogos TC/CP ditarik untuk ditunaikan, tetapi hanya RM150 sahaja yang berjaya ditunaikan manakala lebihan TC/CP dipulangkan. Bulan September sekali lagi berlaku dengan TC/CP di tarik kemudian semua dipulangkan balik. Alasan BNM dan lebihan Tunai yang menyebabkan proses tunai tidak didapat dilunaskan.

3. Malam ini bulan Oktober sekali lagi syarikat menafikan proses tunai dengan cara memaksa ahli menukar TC/CP kepada saham OTC yang dikatakan boleh memberi untung besar tanpa memberi peluang kepada ahli untuk buat pilihan.

4. Bagi ahli yang telah melabur dalam MYMI1 terutama VIP, mungkin melabur untuk beberapa akaun VIP, hasrat utama untuk mendapat pulangan TUNAI sebagaimana janji MYMI1. dan tunai yang di dapat itu telah dirancang untuk membayar pinjaman rumah/kereta/ atau dan sebagainya akan menghadapi masalah dengan kegagalan MYMI1 menepati janji asal sebagaimana yng di taklimat dengan jelas oleh leader-leader.

5. Syarikat sepatutnya memberi pilihan kepada ahli untuk melabur atau TUNAI. Kerana tidak semua ahli berminat dengan pelaburan yang ditawarkan. Ada banyak sebab dan faktor untuk ahli buat keputusan melabur atau tidak. Bagi saya, keuntungan yang dijanjikan oleh MYMI1 sudah cukup, asalkan MYMI1 tidak mengubah dasar pulangan keuntungan.

Demi untuk memastikan pelaburan dalam MYMI1 ini terlaksana sebagaimana yang diwar-warkan dalam setiap kali perjumpaan, Mohon leader-leader hebat kita membantu ahli-ahli yang sudah tersmpit ini mendapat semula pulangan sebagaimana yang leader-leader taklimatkan. Kita hanya mahu pulangan MYMI1 sebagaimana yang tercetak dalam brosul-brosul edaran. MYMI1 akan lebih maju dan setanding dengan syarikat gergasi dunia kalau ia memberi kepuasan kepada ahli dengan cara menepati janji.

Tiada guna bermegah menyatakan MYMI1 setanding dengan GOOGLE/TWITER/INSTAGRAM andai pulangan yang dijanjikan tidak ditepati. Kita bukan inginkan syarikat yang besar dan gah sahaja, tapi kita inginkan pulangan hasil sebagaimana yang dicanangkan.

Tolong leader-leader semua membawa hasrat ahli untuk kesenambungan MYMI1 yang disayangi ini. Tolong…

Ini mungkin akan menyebabkan saya di remove…. Tak
Tapi percayalah… ini step pertama sebelum step seterusnya jika mesej ini tidak memberi kesan positif….

Post a Comment

4 Comments

siti hazreen said…
saya memang dah lama tak sedap hati dengan mymi1 nih huhu
abdfatah said…
Orang yang join dah tentunya nak tunai dan tunai mahsyuk ke dalam akaun. Berapa banyak yang nak pegang saham... sahama tu camner pulak dapat pulangannya?

Jangan jadi cam lagu nih dah laa...

Sekelip mata kau berubah

Syahdunya ku rasa di saat ini
Suasana sepi membisu
Tersentuh hatiku dibuai impian cepat kaya
Ingin kuluahkan hasrat di hatiku
Sudikah mendengarnya

Sebenarnya engkau masih kuberang yang amat
Biarpun tak dapat balik duit peleburan
Kau masih kuingat seperti waktu dahulu
Aku mengharap agar engkau mengerti
Curahan rasa ini

(*)
Jika engkau sedang hidup bahagia
Dengan duit skim cepat kaya itu
Jangan kau lupakan diriku
Yang terdampar kopak bagai nak rak
Ku dilambung ombak pokai yang amat
Yang hanyut dalam kepiluan

Mengapakah aku masih menunggu
Dan masih menagih duit untung itu
Dirimu di mana
Cuma aku yang terus terpukau
Sabar menantikan duit untung tanpa jemu


Dulu kau janji untung berjuta
Lalu ku beri harapan menggunung tinggi
Sekelip mata kau berubah
Oooh… begitulah lumrahnya skim cepat kaya
Unknown said…
Hangpa semua gelap mata,belajaq la dari perkara2 lepas..heran sungguh la..berduyun2 buat pelaburan,semua nk kaya cepat,nak goyang kaki..padahal,,ada orang lain dok kira2 duit hgpa,dok gelak sakan..mudahnya hgpa kena tipu..
Unknown said…
Bukan melayu je bodoh kena tipu, bangla2 pun habis kena tipu ha3. Jgn nanti ada yg kena tetak, sudah lh!!