Monday, 29 February 2016

Sunday, 28 February 2016

11 Kelebihan Emas Public Gold

Minggu lepas, ada seorang customer yang ingin jumpa secara offline sebab nak tahu pasal emas ni. Dia dapat no pun melalui blog ni.

Salah satu soalan beliau adalah kenapa Amir sendiri pilih Public Gold berbanding dengan emas2 keluaran syarikat lain.

Amir kongsikan summary disini

1. Harganya lebih rendah dalam RM20– RM30 segram berbanding kedai emas. Tengok di IOI City Mall, emas 916 harga rm190/gram. Dah boleh dapat emas 999 dengan PG. Hehe

2. Susut nilainya antara terendah di pasaran : Boleh cepat untung

3. Stok tiada had : Nak beli berapa banyak pun boleh. Jika cek tersebut lebih dari RM100k, ia perlu makan masa 5 hari waktu bekerja untuk disahkan.

4. Banyak cawangan di seluruh Malaysia : Senang hendak buat urusan jual beli emas. Better call dulu sebelum datang supaya kita boleh booking emas jenis apa yang ready di branch ketika itu.

5. Jaminan beli balik walaupun calar, kemek atau bengkok : Lebih peace of mind

6. Diterima meluas oleh ar-rahnu di Malaysia : Senang dipajak untuk dapatkan pinjaman. Sebelum pajak, better fikir masak2 dahulu sebab kos upah simpan itu perlu diambil kira juga.

7. Sistem booking harga 24 jam sehari : Senang hendak dapatkan harga terbaik melalui sistem GAP (1st in Malaysia yang buat).

8. Keupayaan beli balik dalam jumlah yang besar : Rekod beli balik paling besar mencecah lebih RM1 juta.

9. Emas yang disertakan sijil pengesahan tulen oleh badan bebas.

10. Tiada yuran sebenar menjadi ejen.

11. Mendapat pengiktirafan London Bullion Market Association. (LBMA)

Jum mulakan langkah pertama anda menyimpan Emas. Once Gold, it always Gold.


Amir Marzhuki
Bandar Baru Bangi
Dealer Public Gold
PG00058738 
(h/p:012-2372641)


Saturday, 27 February 2016

Senarai Baru Dari Bank Negara Malaysia

Buat pengetahuan semua, Bank Negara Malaysia telah mengemaskinikan senarai Financial Consumer Alert di laman webnya. Dibawah adalah senarai companies dan juga website yang didalam pantauan mereka dimana mereka telah melakukan kesalahan. Total company semua ada dalam 258 yang telah diblacklist.

Boleh klik link ini untuk maklumat lanjut.

Friday, 26 February 2016

Tips Menapis Penyewa Rumah

Kerisauan kepada tuan rumah adalah ingin memilih penyewa yang baik dari segi membayar sewa rumah dan juga menjaga rumah kita itu. Amir kongsikan tips ini yang dishare oleh Abang Ensem untuk pembaca2 blog ni.
Apa dan bagaimanakah 'tools' tersebut yang boleh digunakan?

1. Capacity (Kemampuan)
Seperti kebanyakan 'landlord' lain, kemampuan ini biasanya dikira dari jumlah gaji bakal penyewa dan slip gaji prospek pasti akan menjadi sumbernya.

2. Character (Karakter)
Kita boleh menilai berdasarkan budi bahasa yang ditunjukkan bakal penyewa. Sikap hormat beserta perawakan menarik menjadi keutamaan. Sebagai tambahan, 'contact no' tuan rumah sebelumnya mungkin boleh dijadikan 'reference' sebagai pembantu.

3. Capital (Modal)
Ianya bergantung 100% kepada keupayaan bakal penyewa menyediakan deposit. Tanpa 'banyak bunyi' bila amaun deposit diminta (termasuk depositi utiliti), pasti itulah pilihan penyewa yang kita dambakan.

4. Collateral (Sekuriti)
Ramai yang biasanya terlepas pandang kepentingan 'Tenancy Agreement' yang dimatikan setem. Inilah sekuriti kita sebagai 'landlord' dan pastinya bakal penyewa yang merelakan dirinya diikat akan turut menjadi pilihan kita.

5. Condition (Keadaan)
Terdapat 2 faktor yang akan kita ambil kira yakni,

* Mikro (Dalaman)
Faktor berkaitan diri bakal penyewa terutama yang berkaitan dengan gaya hidupnya. Pastinya pilihan kita adalah mereka yang bergaji besar tetapi memakai Perodua Myvi daripada mereka yang memakai kereta Honda CRV (bukan kenderaan syarikat) pada tangga gaji yang sama kerna pada kita, mereka inilah yang individu yang memahami akan maksud barangan 'keperluan' dan 'kemahuan'.

* Makro (Luaran)
Pastinya industri kerjaya mereka menjadi perhatian kita. Adakah industri pekerjaan mereka 'fragile' atau pun 'kalis' kepada persekitaran ekonomi semasa berdasarkan penilaian kita.

Moga penerangan ini mampu mencerahkan anda yang membacanya dan pastikan ianya dikongsi bersama lingkungan rakan-rakan anda.

Thursday, 25 February 2016

Highway Resources Masuk Paper!!

Sekarang ini hangat diperkatakan pasal Skim Cepat Kaya Highway Resources. Sekarang ini sudah mendapat liputan media walaupun agak lambat apabila sudah ramai pelabur mereka tidak mendapat wang yang dijanjikan.
Kepala2 scammer pun sudah mula ditahan atas akta mengutip wang tanpa lesen. Yang lagi sedih adalah ramai orang kita sendiri yang tertipu dengan skim2 ini dan scammer ini telah menggunakan agama sebagai modal untuk menarik orang melabur. Moga2, pembaca kalian akan dapat mengelak dari scammer2 seperti ini.


Laporan lagi dari berita harian (berita penuh)

Monday, 15 February 2016

Lombong Emas Terbesar Di Dunia


Tahukah Anda?
Lombong emas Grasberg merupakan lombong emas terbesar di dunia! Bukan setakat itu sahaja, malah Grasberg juga merupakan lombong tembaga ketiga terbesar berdasarkan kepada saiz dan juga pengeluarannya. 60% pemilikannya dimiliki oleh syarikat Freeport-McMoran Copper & Gold Inc. manakala baki selebihnya dimiliki oleh Rio Tinto.

Gambar lombong grasberg dari pandangan satelit

Ia menghasilkan 44,913 kg emas sekaligus menjadikan pengeluaran yang terbesar untuk tahun 2011. Apa yang lebih menarik, lombong Grasberg ini memberikan kepada kira-kira 20,000 orang peluang pekerjaan.


Sunday, 14 February 2016

Belajar Ilmu Hartanah




Pada bulan Januari, Amir berpeluang skali lagi menuntut ilmu dengan Mentor Wang Tuan Azizi Ali secara live di KL dalam seminar Hartanah. Ada 6 speaker yang hebat2 yang berkongsi kepakaran dan juga pengalaman mereka dalam bidang Hartanah.

Banyak sungguh ilmu yang dapat, cuma nak tinggal apply sahaja. Hehe

Seminggu lepas seminar tu, BookPlanet ada buat tawaran istimewa untuk buku2 hartanah mereka dengan potongan harga 40% untuk 1 buku. Sempat la rembat 2 buah buku ini sebagai koleksi tahun 2016.

Semoga tahun ini, kita semua dapat dihadapi dengan tabah. Yang penting, tambah ilmu dahulu sebelum buat sesuatu. Insyaallah, pasti ada jalan buat kita semua.

Saturday, 13 February 2016

Bengkel Emas & Syariah (BEDS) 2.0


Alhamdulillah, Amir diberi peluang skali lagi untuk hadir ke kelas Emas + Syariah ini . 

Apa yang best kelas ni? 
Anda boleh belajar terus 2 dalam 1. Faham asas pelaburan emas sekaligus memahami isu syariah dalam jual beli emas.

Ramai yang nak beli emas, tetapi isu-isu syariah sering membuatkan sebahagian pembeli terbantut moodnya untuk membeli. Bila dicedok ilmu youtube sana sini, jual beli emas kelihatan TERLALU SULIT hingga akhirnya idea merealisasikan MATAWANG SYARIAH kelihatan tidak realistik.

Mari belajar ilmu syariah dari perspektif yang betul dari orang yang betul. Ustaz Khairul Anuar bukan sahaja ahli dalam bidang muamalat, tetapi beliau memahami realiti dalam jual beli emas itu sendiri.

Syariat yang Tuhan turunkan sebenarnya mudah bila kita ada ilmu. Tanpa ilmu, isu syariah kelihatan begitu sulit dan seolah-olah menjadi penghalang kepada usaha yang baik.
.
Daftar segera ke bengkel ini terus dengan Ust Khairul Anuar Basri. Amir difahamkan tinggal HANYA 15 SEAT sahaja lagi. Siapa cepat dia dapat.

Friday, 12 February 2016

Harga Emas Naik Lagi!!


Pesanan dan nasihat dari Sifu Emas Mohd Zulkifli Shafie.

Kalau beli awal dari tahun lepas dah boleh ambil untung. Mesti ada yang cakap nyesal tak beli masa harga rendah. Harga tinggi atau rendah hanya persepsi. Masa 1gram RM137, kata mahal, masa RM147-kata mahal gak, masa RM167-kata tunggu harga jatuh. Dah naik sampai RM172 1gram cakap kita tak bagitau.

Yang penting - Simpan Emas Dulu. Bukan tunggu emas rendah.

Happy menyimpan emas!!!

Thursday, 11 February 2016

Beli Emas Public Gold Secara Online

Alhamdulillah, dengan kemudahan online sekarang ini, beli emas Public Gold pun semudah beli barangan online yang lain. Walaupun tak jumpa dealer PG sekalipun, anda boleh place order sendiri secara online (dibuka 24 jam sehari), selesaikan bayaran, dan collect emas pada bila-bila masa dalam tempoh 2 bulan di pejabat Public Gold terdekat.

Tapi kalau nak urusan lebih mudah, contact Amir (012.237.2641) atau mana-mana dealer Public Gold yang anda percaya. Bagi segala maklumat yang diperlukan iaitu (1) nama penuh, (2) no. i/c, (3) no. telefon, (4) email, dan (5) item yang nak dibeli, dan (6) tinggal / kerja area mana untuk kenalpasti cawangan Public Gold terdekat dengan anda. Nanti selesaikan bayaran ke terus akaun Public Gold dan ambil emas terus dari pejabat Public Gold terdekat.

Kalau tak dapat contact dealer untuk lock harga masa harga emas tengah ‘cantik’, follow steps di bawah ni. 

4 Langkah Membeli Emas Public Gold

Langkah #1 : Register di Website Public Gold
Langkah #2 : Lock Harga (Place Order)
Langkah #3 : Buat Bayaran
Langkah #4 : Ambil Emas

Friday, 5 February 2016

Wadiah Trading sudah Blacklist


Lepas satu2, skim cepat kaya ini terbongkar dan kali ini termasuk juga Wadiah Trading yang menjalankan operasi trading "saham" dan "emas virtual" dengan memberi pulangan mingguan.

Pesan Amir buat pembaca blog ini, jangan mudah terpedaya dengan janji2 manis rakan2 atau ahli keluarga apabila mereka mengsyorkan sesuatu skim/bisnes yang menjanjikan pulangan tetap setiap hari/mingguan atau bulanan. Sebab itu adalah money game.

Antara krietria yang mudah untuk kita kenali ialah :-
#1 – Keuntungan Tak Masuk Akal
#2 – Terma yang boleh berubah-ubah
#3 – Produk Bukan Subjek Penting
#4 – Punca Keuntungan Agak Kabur
#5 – Kaedah Marketing Terlalu “Fishy”

Boleh baca detailnya di topik yang amir postkan pada Aug 2015.

Untuk rujukan list senarai hitam yang dikeluarkan oleh Bank Negara. SINI

Highway Group Resources sudah berkubur?

Buat pelabur Highway Group Resources (HGR), ada berita yang kurang best buat anda. Amir hanya kongsikan screenshot yg diambil dari rakan2 yang share di dalam FB.


Jika maklumat ini betul, maka skim pelaburan ini akan mengikut jejak langkah skim2 yang lain seperti UFUN, SwissCash dan sewaktu dengannya.

Better anda amik langkah awal dengan menarik semula wang anda jika boleh. Apa2 pun, skim2 seperti ini hanya mampu bertahan kurang dari 2 tahun sebelum lingkup. Jadi, timba ilmu terlebih dahulu sebelum membuat sesuatu pelaburan. Dengan ilmu itu lah yang mampu membimbing kita dari skim2 seperti ini. Insyaallah

Sumber : Dipetik dari FB Fan Page Azizi Ali Mentor Wang

Poster 1 Gram Emas Public Gold




Thursday, 4 February 2016

Promosi Buku Hartanah by BookPlanet


Buat rakan2 yang sedang mencari buku berkaitan hartanah. Ini adalah peluang terbaik buat anda kerana BookPlanet ada buat promosi sehingga 13 Feb 2016 dengan potongan harga sehingga 40%. Berbaloi jika nak beli sekarang dan resit tu jangan la buang, nanti leh claim tax reduction masa wat efilling. Bijak bukan?

Anda boleh klik link ini untuk ke laman web mereka



Wednesday, 3 February 2016

Masa untuk Emas

Minggu lepas kecoh pasal Tabung Haji. Ada juga yang keluarkan duit mereka sebab takut disalahgunakan oleh pihak tidak bertanggungjawab. Itu adalah hak masing2, dan kita ada kuasa untuk mengubahnya.

Apa yang Amir lakukan adalah teruskan menyimpan dalam TH lagi cuma sebahagiannya ditukarkan kepada emas atas faktor nilai ringgit itu sendiri. Orang dulu2 pun kalo nak g Haji pun simpan emas sebenarnya sebab nilai emas itu sendiri yang semakin meningkat.

Amir kongsikan dengan kawan2 tentang keistimewaan menyimpan emas ni di dalam tajuk keistimewaan emas